Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, August 28, 2009

BEKAS POLIS ANTARA YANG BENASIB BAIK BUKAN SEPERTI SESETENGAH YANG BERSARA JADI PENGERUSI TEMPAT PERJUDIAN DAN MINUMAN KERAS


Komen teman : Bekas Polis ni bersara dan bertuah jadi Ahli Politik dan Speaker lagi .
KUCHING: "Saya pernah diserang hendap komunis tiga kali semasa menjadi polis", kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika berkongsi pengalaman menentang komunis pada tahun 70-an dan 80-an di Sarawak.

Ketika era ancaman komunis di Sarawak, Pasukan Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU), sayap angkatan bersenjata Biro Kedua Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) menjadi ancaman utama kepada keselamatan negeri.

PARAKU diketuai oleh Bong Kee Chok yang mengakhiri perjuangannya dengan menandatangani Perjanjian Sri Aman pada 21 Okt 1973 dengan kerajaan Malaysia.

Tempoh paling kritikal sehingga menyebabkan pembangunan di Sarawak terbantut ialah antara 1963 hingga 1973 apabila terpaksa berhadapan dengan gerakan konfrontasi dari Indonesia dan komunis.

Wan Junaidi yang pernah bertugas sebagai polis dari tahun 1967 hingga 1982 sebelum menceburi dunia politik mengakui pengikitirafan dan kebajikan yang diberikan kerajaan walaupun mencukupi, masih ada ruang untuk diperbaiki. - Mstar

No comments: