Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, August 3, 2009

BETUL-BETUL PELIK & BODOH PUNYA KES

Belanja RM50,000 untuk kutip denda RM25.
MUNGKIN kes ini bakal tercatat dalam buku Guinness of World Record sekiranya Mantan Ketua Anak Negeri Sandakan, OKK Hassnar M.P.Ebrahim tewas dalam perbicaraan tiga kes kesalahan kecil yang ‘direka’ atau pertuduhan yang tidak berasas ke atas beliau di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.

“Saya pun tidak tahu kenapa saya dituduh dengan tiga kesalahan kecil tersebut yang tidak pernah saya lakukan. Mungkin mereka cuba menghalang atau melengahkan saya menyampaikan saman dan sapena kepada pegawai kanan polis terutama Pesuruhjaya Polis sabah yang telah mendatangkan kerugian kepada saya dalam kes serangan dan salahguna kuasa polis diladang saya di Latangon, Kinabatangan,” ujar Hassnar yang ditemani peguamnya, Haji Ansari Abdullah.

Tegas Hassnar, adalah tidak masuk akal, jika kerajaan terpaksa membayar gaji hakim, pembantu mahkamah, elaun saksi, gaji Timbalan Pendakwa Raya, Elaun Anggota polis dan sebagainya yang dianggarkan melebihi RM50,000 sedangkan jika beliau didapati bersalah dendanya hanya RM25 sahaja.

“Mereka seperti mengejar pelangi dan meminta saya mengaku salah. Tetapi saya mempunyai maruah untuk dipertahankan,” ujar Hassnar yang agak berang dan menggelarkan polis yang menghantar saman dan menurut perintah ketua mereka sebagai ‘Anjing Punya Polis’ dan ‘Polis Rasuah’.

Hassnar kesal kerana PDRM telah menyalahguna dana awam untuk menutup kelemahan pegawai atasan mereka dengan melengah-lengahkan beliau menyampaikan saman melalui tiga tuduhan yang langsung tidak berasas.

Bagaimanapun, Hassnar mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan berkenaan yang menurut beliau sengaja direka-reka oleh Polis untuk menghalang beliau daripada membongkar salah laku Polis terhadap rakyat dan meminta dibicarakan.

2 comments:

Anonymous said...

This Hassnar believe me, is the real crook.During his hey day with Berjaya party, he obtained loans
from the then Bank Bumiputra
using
his mother
particulars, Jalia bte Abas and brother, Kunja Ahmad Ibrahim. Both never knew the loan existed.RM100,000.00 in his mother's name and RM$80,000.00 in his younger brother's name.Both loans were channeled
to Hassnar's bank account. Years later, the two victims were declared bankcrupt.
Penipu besar, suka pukul orang perempuan yang tidak bersalah.
Curi tanah orang. Banyak perangai
buruk dia. Ask Kg Sim Sim, Sandakan people.

Unknown said...

Sekarang sudah tersebar luas tentang kes mereka sekeluarga memukul seorang perempuan dan tak lupa juga anaknya serzan hassnar juga turut mengikuti jejak langah bapanya si hassnar telah memukul isterinya dan telah dia sabitkan hukuman penjara