Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, August 3, 2009

TIADA SIMPATI KERAJAAN BN PADA NORLAILA YANG MAJNUNNYA DAH MERINGKOK DALAM ISA 7 TAHUN TANPA KESALAHAN


Tahanan akan dihadapkan ke Mahkamah Jalan Duta
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Hrkh) - Lima orang wanita yang ditahan dalam perhimpunan aman menentang ISA dijangka akan dihadapkan ke Mahkamah Jalan Duta, jam 10 pagi ini.

Mereka yang akan dihadapkan ke Mahkamah antaranya ialah isteri tahanan ISA, Norlaila Othman; Nashita Mohd Noor; AJK DMPP, Athirah Aiman dan dua orang wanita yang lain.

Selepas penangkapan pada 1 Ogos, mereka telah ditahan reman di balai Polis Bukit Jalil. Mereka ditahan kira-kira jam 12.50 tengah hari di Kompleks Pertama, Kuala Lumpur.

Norlaila yang juga merupakan aktivis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) ditahan bersama enam yang lain, termasuk anaknya, Suhaib.

Ditanya apa yang dilakukan beliau bersama rakan-rakannya yang lain ketika ditangkap, Norlaila berkata: ""Kami sedang membeli minuman dan makanan ringan dekat Kompleks Pertama. Kami pun tak pakai baju merah. Memang kami ada bawa poster dan ikat kepala anti-ISA tapi belum sempat dipamerkan.

"Ada beberapa anggota polis wanita minta tengok bahan-bahan yang kami bawa. Kami enggan beri. Tiba-tiba sekumpulan polis, sebahagiannya dari cawangan khas, SB, lebih kurang 20 orang datang mengerumuni kami dan terus masukkan kami dalam trak.

Suaminya, Mat Sah Satray dikurung hampir lapan tahun dan merupakan antara tahanan paling lama di Kamunting./SH _

No comments: