Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, August 3, 2009

DEMONSTRASI BETUL , PROVOKASI BIUL !

Seperti dinegara maju, demontrasi juga menjadi salah satu cara kita melahirkan tanpa pertentangan, sambil yang di dewan rakyat mengusulkan memansuhkan ISA, kekadang walau ada cadangan didewan tidak dapat atau ruang diberikan, setengah usul ditolak oleh speaker, mana lagi ruang, memang dewan rakyat itulah yang sepatutnya, tetapi Kerajaan Sekarang menolaknya, mana relevennya saranan najib untuk memberi pendapat dan solusi, jika didewan pun sudah ditolak untuk dibahaskan.
Sewajarnya begitu, bercakap dalam dewan, tetapi setiap usul penting yang berkepentingan rakyat yang dibawa oleh PR, telah ditolak didewan. Itu soalnya. Kami ada wakil tapi BN masih melakukan seperti negara yang tidak bertamadun.

Seperkiraan saya,sebenarnya memang perlu berdemo, tetapi dengan kawalan. Diberi lencongan seperti sambutan Hari Kebangsaan tidak boleh? Apa yang menyusahkan. Sambutan hari kebangsaan pun JEM satu KL?. Orang ikut satu, jalan, peniaga boleh berniaga seperti biasa.

Yang menjadi karut adalah tindakan polis yang tidak professional dan garis Human rights antarabangsa.

Malaysia akan dipandang tinggi, dengan amalan sebegitu daripada menghalang dengan dentuman gas pemedih mata, melihatkan Malaysia jauh kebelakang dalam menangani suara rakyat.

Ada pendapat mengatakan "malu" dengan dunia luar, hmmm...apa yang lebih memalukan dengan kedudukan Malaysia dalam Human Traficking tertinggi, Indeks Rasuah Tinggi, berbanding pula dengan indeks Universiti yang menurun...Orang antarabangsa ukuran bukan begitu kalau nak maju.

Yang berfikiran begitu kolot dan tidak melihat apa yang diluar, saya pergi dibeberapa negara, kekadang ada rakyat negara itu ber"khemah: diround about demi menyatakan ketidak puasan hati...polis tidak kacau duduklah berhari hari pun.

Dunia sudah luas dan cepat...maklumat dimana mana. Internet menjadi medan bertukar pendapat lebih laju dari tindakan biasa. Namun perhubungan sesama manusia boleh dimanafaatkan juga.
nobisha kena masuk ISA dan 'rasa' kan kenikmatan menghuni kem kamunting dulu baru boleh keluarkan pandangan camni. Biarkan isteri nobisha menjelajah seluruh malaysia sehingga sampai ke Geneva utk merayu suaminya dibebaskan atau pun dibicarakan kesalahan. Sudah 7 tahun dipenjara tanpa kesalahan....bertahun berpisah dgn keluarga....nak tunggu BN tumbang pilihanraya dulu baru nak keluar ??...rasanya kalau sehari pun nobisha ni dipenjara, tentu dah kesedihan menanggung seksanya...TAHANAN DIDERA...anda tahukah ??...baca buku penderaan mangsa2 ISA anda akan dapati sehari pun kita tidak patut tangguhkan pembebasan mereka. Kem Kamunting adalah Guantanamo Malaysia...maka ia wajib ditutup. Kerajaan bacul, pondan dan pengecut pimpinan najib menggunakan ISA utk 'menunjukkan kejantanan mereka"...memualkan !!

Demonstrasi tak salah...ia lunas yg betul dlm amalan demokrasi. Yang salah ialah provokasi pihak polis dan FRU....anda turun ke laman demonstrasi dan anda saksikan sendiri bagaimana polis yang cuba huru-harakan perhimpunan dgn tujuan aman....polis yg cuba bertindak seperti syaitan yg dirasuk...menangkap sesiapa sahaja semahunya utk menakutkan rakyat...

anda juga patut tahu...rakyat tidak gentar dgn gas pemedih mata, air asid atau tangkapan yg dibuat....akan ada lagi demonstasi akan datang...SAYA YAKIN !

menyedihkan....polis dan fru melayu Islam sanggup berkumpul di masjid tapi sorang pun tak masuk solat...semuanya buat jamak takyah dan jamak toksah...

selepas maghrib semuanya berkumpul, bersorak menyambut 'kemenangan' mereka ke atas rakyat.....tak pa lah, harinya pasti tiba mereka akan menyambut 'kemenangan' mereka dihadapan Allah.....mereka boleh nilai 'kekuatan' yg mereka banggakan.

No comments: