Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, August 21, 2009

APA MAKNANYA BILA SEORANG USTAZ BERI KATA DUA PADA CALON BN PERMATANG PASIR


Isu 'rompak' duit koperasi pun belum terjawab...Isu yang besar ialah berkait dengan calon BN yang saya anggap seorang yang tidak layak untuk menjadi wakil kepada rakyat di Permatang Pasir.
Selain dengan isu pecah amanah dan koperasi ,tiba-tiba keluar pulak isu Calon BN ni kahwin dua... Kahwin dua??? apa salahnya...
Ada satu perkara mengenai keperibadian beliau dimana beliau mempunyai seorang isteri yang dikahwininya pada 2005 pada peringkat awal hanya di daftarkan pada 2008 dan hanya menjadikan isteri beliau tetapi tidak diberikan nafkah yang adil.
Menurut maklumat dari Ustaz Nasrudin Tantawi, wanita tersebut yang dikenali rapat dengan keluarga ketua Pemuda PAS Pusat itu sebagai Fiza atau Hafizah dan berkali-kali menafikannya dan mengahwininya sejak tahun 2005 yang lalu , saya bukan menyentuh soal peribadi , tetapi isteri beliau disembunyikan, pergi dan datang ikut suka hati malah tidak diakui sebagai isteri,
Malah isteri beliau menuntut dari Rohaizat agar mengakuinya dan kini berada di Pahang, kawasan Jengka, dan menurut Ustaz Nasaruddin Tantawi lagi, jika ini lah orangnya dan tidak berlaku adil dengan isteri, mana mungkin beliau akan dapat memimpin rakyat di kawasan Permatang Pasir dan bakal di beri mandat di kalangat rakyat."
"Kalau bersama isteri tidak berlaku adil, maka bagaimana beliau akan bertanggungjawab kepada rakyat dengan adil". Kita tahu dijabatan agama mana di daftarkan dan kita punya rekod mengenainya.
Menurut Ustaz Nasaruddin lagi Hafizah adalah kerani di pejabat Rohaizat."Hafizah ketua kerani di pejabat Rohaizat selama 8 tahun dan bekerja dengan Rohaizat, berkahwin tanpa diberitahu keluarga. Kita minta selesai dulu rumahtangga beliau baru selesai masalah rakyat," demikian jelas ustaz Nasaruddin lagi.

No comments: