
Inilah kesannya jika SPRM pegawai dan kaitangannya nahya bijak di sebelah Kerajaan BN sahaja yang sepatutnya bijak disemua arah dan di semua tempat dan di semua cara .Apa lagi kalau tak canggih ?kalau SPRM adalah badan yang berkuasa kununnya boleh bebas menyiasat terhadap semua rakyat Malaysia tidak memilih bulu maka Badan ini perlu mempunyai pejabat yang canggih dilengkapi ciri-ciri keselamatan untuk melindungi pegawai dan kakitangannya yang berkemungkinan terdedah dengan musuh dan penjenayah yang tidak suka pada SPRM.Sekurangnya CCTV perlu ada untuk mengesan sesiapa yang datang ke pejabat SPRM dan yang mahu sabotaj bangunan SPRM jika ada serangan
KLANG: Sebuah kenderaan pacuan empat roda kepunyaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) rosak dipercayai selepas dilempar dengan enam bom molotov koktil awal pagi tadi.
Pegawai SPRM yang datang ke pejabat mereka di bangunan Pejabat Tanah dan Daerah Klang Lama di sini pagi tadi mendapati bahagian hadapan kenderaan Nissan X-Trail yang sering digunakan oleh pegawai penyiasat SPRM telah rosak.
Pegawai SPRM menyifatkan ia sebagai “tindakan pengecut” dan percubaan untuk menakut-nakutkan Suruhanjaya itu daripada menjalankan siasatan terhadap ahli-ahli politik dan orang-orang perseorangan.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamad berkata, pegawainya akan membuat laporan kepada pihak polis Klang berhubung insiden itu.
“Kita tidak akan berundur daripada penyiasatan kita hanya kerana insiden ini.
“Ini hanya menunjukkan mereka yang terlibat dengan rasuah berasa bimbang dan cuba untuk menakut-nakutkan kita dengan melakukan tindakan jenayah.
“Biar polis menyiasat jenayah ini sementara kita di SPRM akan meneruskan siasatan kita untuk memerangi rasuah,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, beliau telah mengarahkan pegawainya untuk menyiasat secara terperinci insiden itu.
“Ada banyak perkara yang berlaku di negeri itu pada masa ini dan kita akan bekerjasama rapat dengan SPRM dan pihak-pihak yang berkaitan.
“Kita berharap orang ramai akan tampil membantu siasatan,” katanya.
Sementara itu, Bernama melaporkan, Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusof berkata, insiden itu dipercayai berlaku antara pukul 2 dan 3 pagi dan semasa kejadian tiada sesiapa yang melihat atau berada di sana.
“Bagaimanapun, polis percaya suspek menuruni tebing di bahagian belakang bangunan itu dan melontarkan bom berkenaan daripada luar pagar. Kenderaan itu terkena percikan api (daripada letupan) dan mengenai sisi serta tayar depan sebelah kiri kenderaan,” katanya.
Mohamad berkata tiada kerosakan teruk berlaku berikutan bom yang dibaling pada jarak kira-kira lima meter tidak mengenai sasaran, sebaliknya hanya meletup beberapa sentimeter dari sisi kiri kenderaan itu.
No comments:
Post a Comment