Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, August 21, 2009

SURAT TERSIRAT KAITAN TEOH, PERTUNJUK HASIL KEGELOJOHAN TIMBALAN PENGARAH SPRM SELANGOR?

Kalau ikut kenyataan BPR(sekarang SPRM setelah bertukar baju je) pada suatu ketika sebelum ini, surat layang boleh diambil maklum dan boleh disiasat sekiranya maklumat yang tertulis didalam surat itu mempunyai fakta yang boleh disiasat.Sedemikian teman pun menyarankan surat yang didedahkan oleh Malaysiakini yang dipercayai ditulis oleh pegawai SPRM sendiri wajar disiasat dengan cepat secepat SPRM menyiasat MB Khalid berkaitan lembu korban dan sepantas SPRM Perak menyiasat kes rasuah ADUN PR Perak yang lepas.

Terdapat 5 fakta maklumat didalam surat itu jika diamati dan boleh dijadikan sebagai aviden kepada dakwaan isi kandungan surat.

1) TP SPRM Selangor iaitu En. Hishamuddin Hashim dalam pusingan pertama telah tidak memberikan DNA nya ketika diminta berbuat demikian. Ia bersetuju memberi DNA nya dipusingan kedua tetapi DNA itu hendaklah diambil dalam bilik mesyuarat tanpa disaksikan oleh orang lain.
Untuk mengesahkan dakwaan surat ini. DNA TP ini perlu diambil semula dihadapan beberapa orang saksi.

2) Rujuk semula kad perakam waktu bagi menentukan berapa kali kah TP tidak mengetuk kad perakam waktu selepas habis bertugas dan pulang ke rumah.

3) Pastikan semasa projek membina lebuhraya merentasi bendang yang dibuat semasa Dr. Khir menjadi MB itu melebihi kos yang dianggarkan dan TP SPRM pada ketika itu adalah orang yang didakwa oleh surat ini.

4) Pastikan semua aset yang dikatakan dibeli oleh TP ini telah dinamakan kepada keluarga beliau. Dan pastikan semua keluarga yang dinamakan mempunyai kemampuan membeli aset samada melalui pinjaman bank atau ada subjek yang membiayai pembelian tersebut.
Buat rujukan pendapatan beliau selama 16 tahun berkhidmat tanpa tukar mampu membeli dan memiliki harta2 tersebut.

5) Sila siasat siapa itu Azlina dan siapa polis yang menangkap TP dan Azlina sedang berkhlawat.

Berdasarkan fakta maklumat dan saksi yang disebutkan oleh surat ini, jika disiasat memang ada kebenarannya.
Kita perlu bertanya. Adakah surat layang ini tidak perlu diambil tindakan kerana tiada nama yang bertanggung jawab.
Sebagai peringatan sebahagian besar rakyat Malaysia setakat ini tidak langsung percaya kepada SPRM walau sedikit pun kepada agensi ini. Syukur kepada Allah sebenarnya ada ramai pegawai SPRM dan kakitangan yang jijik dan tidak setuju dengan tindak tanduk pegawai dan kakitangan yang melakukan kautim dan bersengkokol dengan ahli politik yang jahat dan juga pegawai kerajaan yang berkuasa dan menyalahguna kuasa.SPRM perlu ingat mereka juga rakyat dan keluarga mereka juga rakyat kebanyakan ,jadi lihatlah di mana bumi yang kamu pijak.

No comments: