Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, July 23, 2009

ADAKAH PEMBINAAN PENJARA LAMBANG PEMBANGUNAN EKONOMI?




Keratan Akhbar Tempatan : Kenyataan dari Pengerusi
Bertindak Ketua-Ketua Kampung
Terkejut juga rasanya bila mendapat tahu Jabatan Penjara Malaysia, mengemukakan cadangan untuk membina sebuah penjara di Labuan. Betul kata Pengerusi bertindak Ketua-Ketua Kampung, bukannya rakyat Labuan menolak pembangunan, tetapi berikanlah kepada rakyat Labuan pembangunan yang lebih memenuhi keperluan dan kehendak warga Labuan.
Pulau Labuan yang hanya seluas 92 KM persegi sahaja, dengan kapasiti penduduk kurang daripada 90 ribu orang. Rasanya amat tidak sesuai sekali dibina sebuah penjara di Labuan apatah lagi lokasi cadangan tersebut di kawasan kampung.
Warga Labuan sebenarnya lebih dahagakan pembangunan ekonomi yang boleh meningkatkan taraf kehidupan warga Labuan sesuai dengan statusnya sebagai pulau bebas cukai dan pusat kewangan persisir antarabangsa. Salah satu perkara yang perlu diberi perhatian utama oleh kerajaan dalam waktu terdekat ini ialah infrastuktur yeng menghubungkan penduduk Labuan dengan Tanah Besar Sabah. Sesuatu perlu dilakukan segara oleh kerajaan bagi meningkatkan kemudahan yang menghubungkan Labuan dan Tanah Besar Sabah.
Pemimpin Labuan perlu bersatu menolak cadangan membina penjara di Labuan. Isu pendatang tanpa izin belum bernoktah, banduan pula mahu dipulihkan di Bumi Labuan..

No comments: