Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, July 23, 2009

SEKALI CHUA SINGGAH , 323 AHLI MCA SG. BESAR BERHIJRAH KE PKR



Bekas Naib Presiden MCA Datuk Chua Jui Meng semalam menyampaikan ceramah sulungnya selepas keluar dari MCA di depan ratusan penyokong PKR di Kuala Selangor. Chua berkata keputusan meinggalkan parti berkenaan adalah satu tindakan yang tepat setelah melihat pelbagai propaganda yang dicetuskan oleh BN.

Katanya tempoh bersama BN selama 30 tahun banyak memberi pengalaman yang telah membuka mata beliau untuk berhijrah dari parti itu dan berhasrat untuk membawa 'harapan baru' kepada pentadbiran negara dengan menyertai PKR. Beliau berkata,

* "Terdapat banyak sebab kenapa saya meninggalkan MCA dan menyertai PKR. Sudah 30 tahun saya dalam MCA, menjadi anggota pentadbir termasuk memegang jawatan sebagai Menteri Kesihatan selama Sembilan tahun. Pada hujung hayat ini baru nak masuk parti pembangkang setelah saya melihat peristiwa yang berlaku di sini, pertamanya bermula dari isu Perak di mana BN telah merampas kuasa.

* Terdapat satu media bertanyakan pendapat saya mengenai isu tersbut dan saya telah mencadang perlu adakan pilihan raya di Perak, tapi BN tidak setuju. Institut Persekutuan, PDRM, MACC dan lain-lain ini tugas sebenar adalah untuk menjaga hak rakyat Malaysia, tapi sebaliknya digunakan untuk mengancam rakyat kita. Ini merupakan hal kedua kenapa saya masuk ke PKR.

* Hal ketiga adalah bagaimana BN nak buat dakwaan terhadap pemimpin PKR dengan membawa ke mahkamah secara selektif. Ini adalah satu cara untuk mendikriminasikan tokoh politik kita di pihak PKR. Kes sodomi DSAI juga memperlihatkan BN sengaja mewujdkan propaganda.

* Parti MCA bukan sebahagian daripada konspirasi itu tapi dating satu parti iaitu UMNO yang telah menghumbankan beliau ke penjara selama enam tahun, kasihan kepada Datin Azizah dan juga anak-anak yang masih bersekolah. Setelah dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan, sekarang timbul pula sodomi yang kedua".

Chua yang juga Bekas menteri kesihatan ,turut melahirkan rasa bangga apabila 323 ahli MCA cawangan Sungai Besar di bawah kepimpinan Lim dan Goh, akan mengikut langkah beliau menyertai PKR. Menurut Chua penyertaan itu sedikit sebanyak mampu mengukuhkan parti PKR di kawasan berkenaan dan mengharapkan agar ahli MCA kawasan lain akan turut mengikut langkah tersebut. Beliau berkata,

No comments: