Secara yang lebih dekat boleh diperlihatkan DUN Manek Urai terdiri dari sembilan Daerah Mengundi (DM) atau dari sudut operasi parti politik ia dikenali sebagai Unit Peti Undi (UPU).
Daerah- daerah Mengundi ini terdiri dari Temalir, Sungai Perial, Manek Urai Lama, Manek Urai Baru, Sungai Sok, Chuchoh Puteri, Lata Rek, Manjor dan Laloh. Daripada Sembilan UPU ini hanya tiga darinya yang boleh dikategori sebagai kurang memihak kepada PAS. UPU-UPU yang dimaksudkan ialah Manek Urai Lama, Manek Urai Baru dan Manjor.
Sungguhpun UPU-UPU ini dianggap lemah, namun sekiranya peratusan sokongan pengundi 50% ke atas telah dianggap menang dalam pilihan raya, maka hanya satu UPU sahaja yang betul-betul lemah iaitu Manjor di mana sokongan kepada PAS pada pilihan raya umum ke 12 yang lalu adalah sebanyak 48.22%.
Sokongan yang kuat kepada PAS ini diperkukuhkan lagi dengan laporan tidak resmi oleh Cawangan-cawangan Khas (SB) yang turut membuat risikan di DUN Manek Urai.
Laporan tidak resmi ini menyebut bahawa hanya 5% daripada pengundi Manek Urai yang tidak berpuas hati dengan Kerajaan Kelantan pimpinan PAS. Maka fahamlah kenapa program-program anjuran Pak-Pak Menteri Umno yang berketayap dan berkain pelikat bersama rakyat tempatan tidak mendapat sambutan.
Kekuatan satu-satu parti dalam pilihan raya amat bergantung kepada jentera pilihan rayanya. Terkini isu yang dimainkan oleh media arus perdana milik Umno/BN ialah betapa kurangnya tenaga kerja pilihan raya dari PAS Pusat. Ini harus difahami dari hakikat bahawa pilihan raya di Kelantan berbeza dengan pilihan raya di luar Kelantan. Kelantan negeri yang sinonim dengan PAS sudah semestinya mempunyai jentera pilihan raya yang kuat.
Jentera pilihan raya PAS Kelantan adalah sifu kepada jentera-jentera pilihan raya di luar Kelantan. Yang mahalnya atas dasar inilah sumbangan tenaga dari luar Kelantan dilihat sebagai sesuatu yang tidak begitu terdesak.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment