Umno sekarang seperti orang sedang `kebulur' (lapar) oleh Tuan Guru Nik Aziz baru-baru ini dalam ceramah beliau di Manek Urai baru-baru ini.Apabila orang sedang lapar teramat sangat, mereka akan minta makanan untuk dimakan hatta nasi sejuk, makanan basi dan berulat sekalipun. PR telah mengambil keputusan untuk tidak melayan orang-orang sedemikian kerana sejarah telah membuktikan bahawa apabila mereka sudah kenyang dan mendapat tenaga semula, sipemberi makan ini akan ditentangnya. Mursyidul Am Pas juga menarik perhatian kita dengan perumpamaan Umno ini seperti `kereta buruk' yang sudah rosak di tengah jalan. Mereka amat gembira jika kita beramai-ramai menolak kereta buruk tersebut, tetapi apabila kereta itu mulai hidup, mereka akan pecut lari dan kita yang menolaknya ditinggalkan dan mendapat bau asapnya sahaja. Itulah Umno yang Isa Samad lebih maklum lagi akan tabiat parti Melayu tersebut.
Dakwaan Isa Samad bahawa Pas takut berdepan dengan DS Anwar adalah dakwaan orang yang pendek akal kebetulan pendek fizikalnya. Pas sebuah parti yang besar dan berpengaruh bahkan lebih berpengalaman dari PKR yang dipimpin oleh DS Anwar. Sepanjang Pas bersama PR, tidak pernah sekali pun DS Anwar menyentuh atau mengarahkan Pas untuk menarik dasar-dasar Islam yang dibawa oleh Pas malah turut disokong oleh DS Anwar. Jika benar Pas takut kepada DS Anwar, sudah tentu Pas telah menarik balik beberapa dasar Islamnya yang kadangkala dipertikaikan oleh DAP sekutu PR sendiri. Sehingga kini, dasar Pas tetap sama cuma pendekatan sudah tentunya berbeza. Pendekatan yang bijak dari Pas kini dapat dilihat kesannya di mana Pas mulai mendapat pengaruh luar biasa dari rakyat khususnya dari orang-orang bukan Islam. Inilah yang paling ditakuti oleh Umno, sebab itulah Umno sentiasa mencari jalan untuk memecah belahkan PR.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment