Tumpukan Jambatan bengkok sahaja .... jambatan ketiga tidak diperlukan....
Satu kesilapan besar era pemerintahan lalu adalah membatalkan projek Jambatan Bengkok bagi menggantikan Tambak Johor. Untuk membaca huraian mengenai isu ini sila baca buku Mahathir Menyinga.(Teman pun belum baca)
Antara kesilapan yang mungkin terjadi di hari-hari mendatang pula adalah jika kerajaan pada hari ini menyetujui cadangan jirannya untuk membina Jambatan Ketiga merentangi Selat Teberau bagi menghubungkan timur Johor dengan zon timur Singapura.
Banyak sebab-sebab strategik untuk menyokong hujah di atas. Antaranya adalah seperti yang dinyatakan oleh Datuk Abdul Halim Suleiman, ADUN BN-Puteri Wangsa, Johor, bahawa kerajaan wajar mengkaji semula cadangan pembinaan jambatan itu kerana terlalu banyak pintu keluar masuk dari Johor ke Singapura hingga boleh menimbulkan masalah daripada segi kawalan keselamatan (Utusan Malaysia 24.6.2009).
Minggu lalu, blog KudaKepang mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan kajian impak keselamatan negara bagi projek penting dan stategik di perbatasan tanah air seperti di sempadan Johor-Singapura.
Ini kerana soal keselamatan negara mutakhir ini tidak lagi wajar berasaskan rasional pemikiran era Perang Dingin (PD) yang ditentukan oleh pertimbangan antara peperangan dan keamanan. Sebaliknya, keselamatan negara yang kontemporari wajar berpaksikan kepada lima faktor utama, iaitu keselamatan militari, keselamatan politik, keselamatan ekonomi, keselamatan masyarakat dan keselamatan alam sekitar. Berdasarkan komponen keselamatan negara yang kontemporari ini, wajar diwujudkan satu sistem kajian impak keselamatan (KIK) bagi mana-mana projek penting kerajaan, terutamanya di lokasi yang strategik, termasuk di kawasan perbatasan negara. Sebagai permulaan, wajar dilakukan KIK terhadap cadangan projek Jambatan Ketiga di perbatasan Malaysia-Singapura. Kajian KIK ini penting untuk memastikan secara terperinci bahawa projek berkenaan memenuhi seluruh aspek keselamatan di atas. Jangan sampai kemudian hari kelak projek ini menjejaskan keupayaan militari, politik, ekonomi, masyarakat dan alam sekitar Malaysia. Kajian ini juga amat penting untuk mengelakkan sebarang implikasi kepada keselamatan negara seluruhnya. Ini kerana Malaysia sudah pun mempunyai precedent mengenai ancaman keselamatan kepada satu projek besar di sempadan Singapura.
Memang mengharapkan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada saranan ini.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment