Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, June 23, 2009

WAJARKAH UNGKAPAN " JANGAN SALAHKAN KERAJAAN & MENTERI BILA BURUKNYA PENGANGKUTAN AWAM"?

Memang ramai yang hentam termasuk teman bila ada banyak hal memang boleh disalahkan pengankutan awam.
Benarkah kita asyik tahu menyalahkan menteri, bila ada sesuatu masalah..?

Saya fikir org-org yang berfikiran tersebut perlu melihat pulak menteri-menteri,YAB, YB yang menyalahkan rakyat bila mereka kalah pilihan RAYA.

Mereka akan kata Rakyat tak menghargai pengorbanan mereka, jasa parti mereka..mereka akan kata anak-anak muda buta sejarah,kalau pemimpin melayu mereka akan kata melayu tidak bersatu, Ketuanan melayu dah hilang, kuasa melayu dah terhakis..bermacam-mcm alasan untuk menyalahkan rakyat.

Tetapi siapa sebenarnya yang Bersalah, rakyat atau pemimpin yang bersalah..Rakyat memilih pemimpin dengan tujuan pemimpin dapat memberi khidmat yang baik untuk rakyat. Rakyat boleh nikmati apa yang di janji kan.

Apa lah kuasa kita sebagai rakyat, kita hanya berkuasa dengan kertas undi sahaja, yang di beri peluang 5 tahun sekali dan kadang-kadang kalau ada PRK..itu sahaja kuasa kita..

Macam saya, saya boleh mintak dalam mesyuarat caw. umno, tapi YB tersebut hanya tulis dalam diary lepas tu tiada tindakan, bila next meeting kita tetap mintak pekara yg sama, dia tulis dalam diary lagi...sampai bila...

Saya mintak supaya pengangkutan Awam (BAS)diadakan di batu kurau perak...orang batu kurau yang rata-rata nya kaum petani,penoreh getah, pemburuh..terpaksa naik kenderaan sendiri (bagi Yang ada) atau naik teksi(Bagi yg mampu) untuk ke pekan Taiping..yang jauh lebih kurang 40Km dari pekan Batu Kurau.

Bagi Kampung sekitar..seperti sempeneh, tebing tinggi, kg, pantai besar..terpaksa menaiki kereta sapu untuk kepekan batu kurau.Tuan-tuan boleh bayangkan kalau naik kereta sapu, 2 penumpang di depan 6 org di belakang..tiada sebarang insurans.

Dari batu kurau nak ke pekan taiping kena naik teksi, sebab kereta sapu hanya sampai Batu kurau, nak ketaiping takut JPJ.

Ini lah yang dihadapi oleh penduduk disini, yang 51 tahun di perintah oleh barisan Nasional..inilah ketuanan melayu yang di perjuangkan kut..Susah juga jadi 'Tuan' Kalau kena naik kereta sapu every day.

Tujuan org kg nak ke pekan taiping, pertama nak pergi bank ambik duit yg anak-anak kirim ( awrga tua) Kat bt.kurau hanya ada BSN, nak pergi kursus haji, nak pergi tabung haji..nak pergi hospital..nak mendapatkan rawatan di klinik swasta, nak shopping di tesco, giant..maklumlah barang-barang di kampung siapakah nak pantau harga..menteri akan jaga kawasan bandar sahaja.

Begitu juga bagi pelajar sekolah menengah, memang ada BAS sekolah, tetapi BAS sekolah hanya memberi perkhidmatan pada sesi persekolahan sahaja, untuk waktu lepas sekolah dan cuti tiada perkhidmatan, bagi pelajar-pelajar yg menghadiri tuisyen ini adalah satu masalah, itu sebab nya kalau kita perhatikan di sekolah menengah Jelai ramai pelajar yg tiada lesen memandu membawa motor ke sekolah.
Selain itu para pelajar juga perlu ke bandar, untuk mencari maklumat dlm internet.
Saya mintak siapa yang baca komen saya ni dan kenal rapat, berkawan rapat dengan datuk Hamzah, ds, raja ahmad, kap(B) Najimudin ilyas, atau datuk Hj.daud..tolong lah sampaikan kepada mereka...mintaklah mereka buat perubahan jika mahu terus menjadi YB di kawasan ini

No comments: