Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, June 23, 2009

FOTO YANG MAMPU MENGHURAIKAN KEKUSUTAN MENGHADAPI PRK MANEK URAI !


Syukur pada Allah yang akhirnya dapat mengabulkan doa semua ahli PAS agar kejernihan ditemui serta kekusutan dapat dirungkaikan.Selain hati yang tenang dan damai melihat senyuman manis di wajah kedua-dua tokoh pimpinan PAS ini, saya tertarik dengan imej Ustaz Nasaruddin yang berkopiah. Sejuk mata memandang dibandingkan imej dia tanpa kopiah. Kalau mampu berserban macam Nabi s.a.w lagi baik.
Dalam cerita sebelum ini, non-muslim mimpi jumpa Nabi s.a.w memakai serban dan jubah. Ia memberi maksud, hingga ke zaman alaf baru ini, imej dan syiar Nabi s.a.w yang berserban dan berjubah tetap relevan dengan suasana hari ini. Ia adalah sunnah dan syiar pakaian orang Islam dan bukan syiar pakaian Arab sahaja.

Begitulah yang sering saya dengar tentang cerita orang-orang yang bermimpi melihat Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w datang kepada mereka melalui mimpi dengan imej memakai jubah dan berserban.

Ada yang berpendapat mengabaikan pakaian sunnah kerana mahu memudahkan dakwah kepada non muslim. Pendapat itu mungkin sesuai untuk diaplikasikan pada sesetengah situasi (waqie) sahaja.
Dalam konteks negara Malaysia, melihat contoh Tok Guru Nik Aziz yang sentiasa berserban dan kebanyakan masa mengenakan jubah, sebagai tokoh politik dan pendakwah masakini, dengan imej tersebut TGNA tetap disegani pihak kawan dan lawan. Bahkan Tok Guru dikunjungi oleh pelbagai bangsa dari seluruh pelusuk dunia yang belum beragama Islam, maka justifikasi apakah lagi yang kita ada untuk merasa segan menegakkan sunnah pakaian Rasulullah s.a.w.
Saya juga memerhatikan beberapa individu yang revert bangga dengan serban dan jubah walhal di kalangan mereka ada yang bekas paderi Kristian, warga Amerika dan lain-lain. Sejuk hati melihatnya dan saya bangga dengan mereka yang mengambil berat tentang sunnah.
Mungkin ada juga berpendapat, “Seganlah mahu pakai jubah serban. Kita bukannya alim pun. Kita juga bukan Ustaz atau belajar agama”.

No comments: