Selepas Stadium Sultan Mizan runtuh, kolam renang pula bocor dan seterusnya bangunan ITC pula dikuatiri mengikut jejak nasib stadium tersebut. Terengganu tidak mahu mengalah dan rajin mahu mencipta nama dan rekod terutama kes bangunan rosak di Kuala Lumpur seperti bumbung mahkamah Putrajaya, bumbung bocor bangunan Parlimen, atap stadium di Kuantan dan bangunan makmal komputer yang banyak gagal dan runtuh.
Berdasarkan laporan daripada Portal Kerajaan Negeri Terengganu, ketika lawatan Menteri Besar Dato’ Ahmad Said ke Pusat Latihan Antarabangsa (ITC) yang dibina mengikut konsep Harvard Business School di Teluk Kalong, Kemaman mendapati berlakunya kerosakan. Dalam laporan portal, pusat latihan belum lagi dapat digunakan kerana terdapat beberapa kerosakan yang perlu diperbaiki segera.
Menteri Besar Dato’ Ahmad Said ketika membuat tinjauan ke ITC pada 16 Jun berkata kolej ini perlu diteliti semula kerana terdapat kecacatan yang jelas terutama pada kayu penyokong bumbung serta beberapa bahagian lain.
“Setelah diteliti terdapat 200 hingga 300 item yang perlu diperbaiki semula.atau ditukar kerana tidak mengikut piawaian yang ditetapkan,” katanya MB.
ITC yang mempunyai 216 bilik lengkap dengan kemudahan ICT bertaraf dunia ini telah dibina pada Mei 2005 dan dijangka siap pada Februari 2008 namun sehingga kini ianya masih belum dapat digunakan lagi kerana beberapa masalah yang timbul dan memerlukan pemantauan rapi.
“Saya dimaklumkan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengenal pasti dan memantau projek ini dari masa ke semasa dan berharap ianya dapat diselesaikan tidak lama lagi,” katanya lagi.
Berdasarkan tarikh mula dan tamat projek ini, ianya berlaku ketika Dato` Seri Idris Jusoh menjadi MB Terengganu. MB daripada Umno/ Barisan Nasional. Kos untuk projek belum diketahui lagi namun dari segi pandangan kasar kepada prasarana projek itu, tidak mustahil ianya boleh menelan belanja jutaan ringgit juga.
Siapa yang kendalikan projek ini, siapa yang meluluskan tender projek ini. Mungkin Dato Seri Idris Jusoh boleh menjawabnya.
Mengikut kenyataan Dato` Ahmad Said, terdapat 200 hingga 300 item yang perlu diperbaiki semula.atau ditukar kerana tidak mengikut piawaian yang ditetapkan.
Apa yang menjadi persoalan, kenapa item yang digunakan untuk membina pusat latihan yang dikatakan canggih itu didapati tidak mengikut piawaian yang ditetapkan. Apa kerja dia orang ni?
Wahai SPRM, siasatlah orang yang terlibat dengan projek ni takut-takut ada penyelewengan dalam pembelian barang yang tiada kualiti. Tak kan nak tunggu runtuh lagi sekali baru nak sibuk buka fail. Jangan sampai ada nyawa yang tidak berdosa terkorban akibat kerakusan manusia yang tamak haloba.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment