Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, June 23, 2009

AWANG ADEK NAK TERAI SEMULA ! UNTUNG SABUT TIMBUL KUT?


Bekas 'Bakal MB Kelantan' pada 21 Jun 2009 di akhbar Sinar kununnya Manek Urai akan dijadikan sebagai ‘anak angkat’ jika Barisan Nasional memenangi pilihanraya kecil 14 Julai ini.
Nampaknya UMNO masih belum puas-puas untuk menaburkan janji demi janji menjelang pilihanraya umum atau kecil. Kali ini menerusi Awang Adek yang pernah satu ketika dulu dijulang sebagai bakal menteri besar Kelantan. Bahkan di seluruh pelusuk negeri Kelantan digantung sepanduk yang mengesahkan status ini. Dengan usaha agresif sepanjang kempen pilihanraya umum ke-12 tahun lepas, Awang Adek masih belum berjaya untuk menduduki kerusi Menteri Besar di pejabat SUK negeri Kelantan. Tidaklah diketahui di mana beliau menghilangkan diri selepas mengalami kekalahan 2-0 di Parlimen Bachok dan Dun Perupok tahun lepas. Apa yang jelas, keputusan pilihanraya itu memberikan pukulan yang hebat kepada UMNO Kelantan.
Kali ini di Manek Urai, sekali lagi UMNO menaburkan janji. Cuma kali ini dengan istilah ‘anak angkat’. Tidak pasti adakah status sebenar Manek Urai pada pandangan UMNO sekarang hanyalah sekadar ‘anak orang lain’ atau ‘anak tiri’? Jika hanya berstatus anak tiri, saya rasa ini benar-benar menyedihkan penduduk Manek Urai khususnya. Jika statusnya ialah anak sendiri, maka apa perlunya diisytiharkan sebagai anak angkat? Tidakkan jika anak sendiri disebut anak angkat merupakan satu penindasan dan diskriminasi?
Sepatutnya, UMNO/BN perlu sedar, mereka telah berjaya merampas Manek Urai pada tahun 2004 dan terlepasnya kembali pada tahun 2008. Sepanjang 4 tahun mereka berkuasa di situ, apakah yang mereka lakukan untuk anak angkat ini? Atau adakah pada masa itu, Manek Urai masih belum menjadi anak angkat hatta anak saudara sekalipun? Apa yang dapat dilihat usaha UMNO di situ ialah mewujudkan satu kompleks pentadbiran UMNO Manek Urai di atas tanah milik persendirian pemimpin UMNO kawasan tersebut!
Jika disorot kembali janji UMNO/BN semasa pilihanraya kecil Dun Pengkalan Pasir pada 6 Disember 2006 yang lepas. Perlu diingat, UMNO memenangi pilihanraya kecil tersebut. Nilailah adakah janji-jani manis itu dilaksanakan selepas pilihanraya?

No comments: