Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, June 4, 2009

UBN YANG LAIN HARUS CONTOHI SIFAT TERPUJI UBN NOZULA MAT DIAH & UBN ADHAN KECIK

Bila mengulas tentang mohon maaf lepas buat kesilapan ,teman terharu bila ADUB Bukit Bunga YB Adhan Kecik dan ADUN Paloh YB Nozula Mat Diah memohon maaf secara terbuka di dalam media melalui Tetuan mereka.Namun kita harus bersangka baik walaupun permohonan maaf mereka adalah begitu.Dua(2) tahun OKF(Orang Kena Fitnah) menahan sabar kena fitnah yang berbagai-bagai namun Allah dapat kabulkan permintaan OKF itu agar dibersihkan semasa didunia ini semasa beliau masih hidup.
Bayangkan kesalahan Mahathir yang banyak dan celupar tidak pernah nak minta maaf walaupun lebih 10 tahun ,contohnya beliau mengatakan Anwar menumbuk matanya sendiri untuk simpati.Akhirnya terbukti di mahkamah bekas Ketua polis Negara (Rahim Norr) yang tumbuk beliau.Itupun Tun Mahathir belum mahu minta maaf.

Dalam budaya Barat, Jepun dan Korea, aalah perkara biasa ahli politik yang menyedari dirinya melakukan kesilapan memohon maaf. Sesetengahnya bukan sekadar memohon maaf, malah meletak jawatan. Mereka menganggap kesilapan yang dilakukan menjatuhkan maruah dan memohon maaf atau meletak jawatan adalah jawapan terbaik untuk itu.

Tetapi di Malaysia memohon maaf apa lagi meletak jawatan belum menjadi budaya kita. Banyak tragedi yang pernah berlaku, tapi tidak menteri bertanggung jawab pernah memohon maaf atas apa yang berlaku, letak jawatan lagilah tidak - jauh panggang dari api. Tragedi 13 Mei, tragedi Highland Towers, perlanggaran antara bas dan keretapi di Bukit Tengah pada tahun 1970an yang menyebabkan kesemua penumpang bas meninggal dunia dan beberapa kemalangan dahsyat membabitkan bas express tidak pernah membuka hati menteri yang berkenaan untuk memohon maaf kepada umum.

Tapi apabila ADUN BN Kelantan, Datuk Nozula Mat Diah (Paloh) memohon maaf kepada Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa kerana telah membuat laporan palsu terhadap naib presiden PAS itu pada 2007, saya berasa ia satu perkembangan baru kepada iklim politik kita. Tidak kira apa alasannya, takut kena saman atau apapun alasannya, tapi keberaniannya memohon maaf harus diberi pujian, harus diberi tabik spring! Akhirnya ada juga ahli politik negara ini yang menunjukkan budaya tamadun dengan memohon maaf apabila melakukan kesilapan. Yang ironinya Nozula yang berani memohon maaf ini ialah ADUN yang memang terkenal juga dengan sikap gedebenya, termasuk dalam DUN Kelantan. Salah satu pelakuannya yang akan sentiasa diingati ialah menyepak ADUN Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim dari PAS dalam sidang DUN Kelantan pada 27 November 2007.

Jika Nozula yang begitu gedebe pun sanggup memohon maaf atas kesalahannya, betapa pula orang-orang lain yang sentiasa mempamerkan perangai santun, mereka juga perlu memohon maaf atas apa jua kesalahan yang pernah mereka lakukan terhadap pihak lain.

Mengingati pelakuan memohon maaf ini teringat saya kepada peristiwa Mamali pada 19 November 1985 yang menyebabkan 14 orang penduduk kampung terbunuh dan 20 yang lain tercedera. Dalam hati saya tertanya-tanya: bilakah pula tokoh-tokoh politik penting negara bernama Mahathir Mohamed (PM ketika itu), Musa Hitam (TPM dan Menteri Dalam Negeri), Radzi Sheikh Ahmad (Timbalan Menteri Dalam Negeri) dan Haniff Omar (Ketua Polis Negara) akan memohon maaf kepada waris mangsa-mangsa tragedi Mamali yang masih hidup? Jika Nozula yang membuat laporan palsu sanggup memohon maaf, apa lagilah mereka yang tangannya masih berbau hanyir darah tragedi Mamali, mereka juga perlu berani memohon maaf. Tapi sanggupkah mereka melakukannya ketika masih ada baki usia di penghujung senja itu?

No comments: