Rasa kagum dan syukur kepada Allah apabila Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Muda PAS iaitu Balendran a/l Balasubramaniam, dan Bendahari Kelab iaitu Siva a/l Vasu, diberi penghormatan untuk mengalungkan bunga malai kepada Y.B. Ustaz Haji Nasharudin Mat Isa dan Y.B. Haji Salahuddin Ayub sewaktu acara berlangsung. Bukan hanya disebabkan kalungan bunga yang membuatkan rasa kagum dan syukur, namun kehadiran mereka dan rombonganlah yang sudah cukup membuatkan rasa syukur di hati para pemuda dan pendokong yang ikhlas dan bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam.
Ini kerana ia membuktikan bahawa PAS semakin diterima oleh masyarakat bukan Islam. Tuduhan oleh pihak lawan bahawa PAS dan ahlinya adalah ekstrim, kolot, pengganas, konservatif, dan bermacam-macam lagi tuduhan yang bertujuan menakut-nakutkan masyarakat bukan Islam, akhirnya terlerai dan terjawab sudah. Mereka kini tidak lagi terpengaruh dengan dakyah dan propaganda musuh. Malah kini terang-terang mereka menyokong parti dan jamaah yang memperjuangkan Islam, walaupun Islam bukan agama anutan mereka. Ini kerana mereka dapat menilai kebenaran dan keadilan yang dibawakan oleh PAS iaitu sistem politik dan pemerintahan berasaskan Islam. Kejayaan ini diharap dapat memberikan sumbangan kepada Islam dan usaha dakwah kepada masyarakat bukan Islam.
Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat Ke-50 ini menyaksikan satu lagi sejarah, di mana ia merupakan perjalanan terakhir kepada Y.B. Haji Salahuddin Ayub di dalam Dewan Pemuda PAS Pusat setelah 6 tahun menerajuinya sebagai Ketua Pemuda, dan selama 24 tahun di dalam Dewan Pemuda PAS semenjak 1985. Jawatan beliau bakal disandang oleh timbalannya iaitu Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi. Pada Majlis Perasmian Muktamar malam tadi, beliau telah menyampaikan Ucap Utama terakhir selaku Ketua Pemuda dengan tajuk bertemakan 'MEMPERSADA PERJUANGAN'.
No comments:
Post a Comment