
Majlis Perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat Ke-50 jadi perhatian bila muncul laungan Deklamasi Sajak oleh Sasterawan Negara, Y.Bhg. Dato' A. Samad Said.
Beliau mendeklamasikan sajak yang bertajuk 'Suara Dari Dinding Dewan', yang ditulis sendiri oleh beliau pada tahun 1996 ketika membantah penyingkiran Bahasa Melayu yang dimulakan oleh sang penguasa. Saya sempat bertemu dengan beliau sebelum acara bermula bagi mendapatkan sedikit maklumat yang berkaitan dengan sajak yang akan dibacakan untuk diberikan kepada Pengacara Majlis. Kebetulan saya sekadar membantu secara tidak rasmi bagi perjalanan Muktamar, terutama membantu Pengacara Majlis.
Rasa kagum, bangga dan syukur kepada Allah apabila seorang Sasterawan Negara sudi hadir dan duduk bersama dalam satu majlis bersama dengan para pemimpin dan pendokong jamaah yang bersungguh memperjuangkan Islam. Beliau pada malam tadi menggelarkan Pemimpin Pemuda sebagai 'ULPRO', dan menggelarkan dirinya pula sebagai 'SASPRO'. 'ULPRO' ialah 'Ulamak Profesional', manakala 'SASPRO' pula ialah 'Sasterawan Profesional'.
No comments:
Post a Comment