Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, June 4, 2009

SAMY VELLU DILAPORKAN CUBA MENJATUHKAN MARUAH KERAJAAN MALAYSIA & MENGHAKISKAN MARUAH KEPIMPINAN NAJIB ?

KENAPA NAJIB TIDAK TANGKAP SAMY VELLU?
Monday, May 25, 2009
Apabila berlaku ketegangan hubungan antara kaum Sikh dan Hindu di Singapura berikutan dengan pembunuhan Perdana Menteri India, Mrs Indira Gandhi pada tahun 1984, Perdana Menteri Lee Kuan Yew telah memanggil dan mengingatkan pemimpin kedua kaum itu bahawa mereka berada di Singapura dan bukan di India.
Kaum Hindu menyokong tindakan kerajaan India menyerang Golden Temple di India di mana berkubunya pelampau Sikh yang membunuh Indira dan kaum Hindu pula menyokong tindakan itu yang menyebabkan berlaku pulau memulau dan ugut mengungut antara kedua kaum itu di Singapura, restoran Hindu tidak mahu menjual makanan kepada kaum sikh dan kaum sikh pula mengadakan sembahyang di rumah ibadat dan mengutip derma untuk penentang penentang Indra.
Di Malaysia bukan sahaja kumpulan tertentu mengadakan tunjuk perasaan mengutuk kerajaan Sri Lanka yang melumpuhkan pemberontak Harimau Tamil Eelam(LTTE) dan membunuh pemimpinnya Vellupillai Prabhakaran tetapi parti komponen BN, timbalan menteri dan anggota parlimennnya mengistiharkan sokongan terbuka kepada LTTE.
Ternyata kumpulan pengganas ini yang diawasi anasir anasirnya di Malaysia berada dalam kerajaan sendiri, berada dalam selimut atau di bawah ketiak Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib.
Lebih memalukan, Presiden MIC Samy Vellu dengan berani meminta kerajaaan Malaysia menarik balik sokongan kepada kerajaan Sri Lanka untuk menyekat kuasa Barat dari menyiasat record kemanusiaan negara itu dalam perangnya menentang LTTE.
Walaupun kerajaan memantau anasir pergerakan itu di Malaysia tetapi pendedahan bahawa mereka berada dalam kerajaan sendiri adalah menjejaskan integriti kerajaan Malaysia dan menampakan kerajaan memberikan perlindongan kepada gerakan ini.
Sikap berkecuali yang ditunjukan oleh kerajaan kepada kerajan Sri Lanka tidak dapat menutop muka dua talam kerajaan kepada rakyat negara ini dan ini tentunya akan menggalakan rakyat untuk memberikan sokongan terbuka kepada pemberontakan dan penderhakaan di negara lain yang menjadi sahabat kepada Malaysia.
Tidak nampak kesedaran ini wujud dikalangan UMNO sendiri bila Samy Vellu bersikap kurang ajar malah Menteri Dalam Negeri Datuk Hishamuddin yang popular sebagai "Menteri Amaran" hanya membisu seribu bahasa dan tidak memberikan reaksi segera.

Ini adalah contoh pertama yang menampakan bahawa kerajaan pimpinan Datuk seri Najib adalah longgar,lemah tidak tegas dan tidak sensitif dalam usaha untuk memulihkan maruah kerajaan BN yang telah tidak diyakini lagi oleh penyokong penyokong tradisinya yang sedang menunggu sesuatu tindakan yang meyakinkan.
Najib tidak boleh mengembalikan keyakinan rakyat dengan tindakan gimmick dan pura pura dan sekadarkan berucap dengan suara yang kuat dan keras dan mengulangi amaran demi amaran. Kekuatan tidak boleh dipulihkan dengan amaran tetapi dengan tindakan yang ikhas,berani dan tidak menampakan sebagai usaha untuk mencari pengaruh secara murahan.
Samy Vellu tidak sahaja menjatuhkan maruah kerajaan Malaysia tetapi menghakiskan maruah kepimpinan Datuk Seri Najib dengan berani mencabar keupayaan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin yang diketahuinya sangat lembek, lemah dan hanya "main main".

No comments: