
Teman dapat kisah ini dari blog seorang profesor semasa beliau di zaman Pak Lah lagi.
Sejurus selepas ‘naik tangga, turun tangga’, beliau berlepas ke Dungun, Terengganu. Perjalanan yang jauh untuk menyaksikan upacara pecah tanah kampus baru UiTM di Bukit Besi. Ia bakal di sempurnakan oleh Pak Lah.
Beliau bersama pemandu singgah bersolat Zohor dan Asar di Masjid Geliga, Kemaman. Beliau terkejut dan tertarik dengan kain rentang yang berterima kasih kepada pencuri-pencuri yang mencuri barang-barang masjid.
Barangkali ia sering berlaku sehingga memaksa pengurusan masjid mengambil langkah tersebut.
Perlukan kain rentang sebegini dibuat di masjid anda?
No comments:
Post a Comment