
Teman bukan nak memburukkan sesiapa tetapi bila kita dah berbaik sangka dan dah beri masa yang berganda maka seharusnya disegerakan penyerahan dokumen tersebut.Masjid bukan boleh dibekukan aktivitinya sementara menunggu dokumen itu diterima,semua aktiviti sentiasa berjalan seperti solat yang tiada kesudahannya yang sentiasa berterusan.Dokumen tersebut penting bagi ajk baru melihat mana program yang sedang berjalan dan butir tender yang ada dan butiran pembayaran serta jumlah wang di bank.
Semasa Mesyuarat penyerahan kuasa ajk lama kepada ajk baru, Tuan Nazir yang lama beria-ia akan bertanggungjawab terhadap kelemahaan atau kesilapan yang berlaku dari bulan Januari 2006 hingga 31 Mei 2009.Beliau memohon agar hanya salahkan dirinya seorang jika ada masalah dan ketidakbenaran atau penyelewengan yang ada jika berlaku.Pada hemat beliau , tidak ada yang meragukan malahan semuanya berjalan dengan baik.Terdapat projek yang ada beliau akan tanggung jika ada kosnya kerana beliau mengharap perbelanjaan akan dibiayai oleh Pihak Baitumal melalui zakat.
Teman dan Ajk Masjida dan kariah seluruhnya mendoakan agar Tuan Nazir yang lama akan mengotakan janji dan seganlah dengan rumah Allah.
No comments:
Post a Comment