Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, June 16, 2009

KISAH BENAR UNTUK GENERASI MUDA BARU GIAT DALAM UMNO ! BAHAWASANYA UMNO SEKARANG ADALAH UMNO BARU !

Teman nak beritahu kisah teman daulu semasa aktif UMNO ,rupanya teman tersilap ditipu hidup2 oleh Tun Mahathir .Jadi carilah maklumat tentang sejarah UMNO sekarang adalah bermula pada tahun 1989.
Oleh kerana apabila berlakunya krisis UMNO pada tahun 1987/1988, ketika itu saya dah bekerja tetapi dah aktif UMNO kecil-kecilan S/U Cawangan. Ketika UMNO diharamkan, saya tidak mengambil tahu sangat sebab Mahathir masa tu saya minat sangat dan beliau memang bijak & ligat cari jalan nak hidup, saya pulak bermati-matian anggap Team B yang merosakkan UMNO.
Oleh kerana terlalu minat dan suka Mahathir pada masa tu, maka saya tidak indah apa yang berlaku ,janji UMNO selamat.

Tapi saya pun mendapat tahu tentang UMNO itu diharamkan di atas permintaan Peguam TDM. Saya rasa ramai yang masih ingatkan cerita itu . Lepas UMNO haram , ramailah mereka nama baru termasuk Almarhum Tunku Abdul Rahman .
Tetapi kepala putar alam PM aku masa tu taruk kurungan iaitu ditulis begini UMNO (BARU).Dan UMNO pun terus hidup dengan nama baru iaitu UMNO(BARU).Ini bermakna UMNO dah terkubur dan UMNO sekarang didaftarkan dengan nama UMNO(BARU) pada 1989 kalau tak silap(betulkan kalau silap).Lama-lama BARU tu tidak ditulis lagi dan nampaklan nama parti UMNO yang sepatutnya UMNO(BARU).Ini adalah sejarah.


Pendekan cerita lebih kurang begini:
Ketika Ku Li tewas pemilihan UMNO 1987, dengan perbezaan beberapa undi sahaja, maka Team B mengambil tindakan mahkamah untuk mengadakan pemilihan semula. Akan tetapi, apabila hujah Team B ialah disebabkan adanya cawangan tidak berdaftar , ahli tak berdaftar dan ahli tak membayar yuran.

Memang berdasarkan undang-undang, sekiranya ada cawangan tidak berdaftar, maka ianya haram.

Maka terkejut beruklah peguan Team B apabila geng Team Mahathir mahu UMNO diharamkan.

Amat tidak logik kalau Team B yang nak haramkan UMNO pada masa mereka boleh menang.

Team Mahathir memang pandai, jika ia diharamkan, dia boleh untuk tidak terima Ku Li dan sekutunya sebagai ahli UMNO Baru.

No comments: