Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Friday, June 19, 2009
PENYOKONG UMNO TERKEJUT DENGAN SLOGAN RAKYAT DIDAHULUKAN BERBEZA DENGAN TINDAKAN ZALIM DBKL & KEMENTERIAN WILAYAH
Cukup sedih. Diharap Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik yang sering melaungkan slogan Rakyat Di Dahulukan akan cuba memperbetulkan keadaan seperti ini. Lakukanlah dengan cara yang lebih holistik lagi. Tak guna turun padang ke hulu ke hilir dan laungkan slogan Satu Malaysia sekiranya rakyat terpaksa berperang untuk rumah mereka. Kita harap, takkan ada insiden seperti ini di Kuala Lumpur pada masa - masa akan datang.
Peristiwa semalam cukup panas dan menyedihkan. Apakah ini yang kita laungkan RAKYAT DI DAHULUKAN ? PENCAPAIAN DIUTAMAKAN? Kenapa DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan membiarkan insiden roboh rumah menjadi begini ?
" Kami telah memberi masa yang sekukupnya kepada penduduk untuk berpindah melalui beberapa notis yang telah dikeluarkan oleh DBKL. Malah kita telah mengadakan dialog sebanyak lapan kali dengan penduduk terbabit dan mereka berjanji untuk pindah tetapi sekarang mereka cuba ambil masa.
"Kawasan ini merupakan kawasan tanah TOL. Tetapi taraf TOL telah tamat pada tahun 1997 dan kini kawasan tersebut sudah jadi kawasan setinggan. Kita hanya mahu membangunkan kawasan jalan di sana" kata Timbalan Pengarah Operasi DBKL Abdul Salim Mansor.
Tindakan merobohkan rumah - rumah berkenaan dilakukan bagi memberi laluan kepada projek membina lebuhraya yang akan memendekkan jarak dan masa perjalanan antara Jalan Kuching dan Kepong , yang tergendala beberapa lama akibat keenganan 17 penduduk di kawasan setinggan itu berpindah.
Sementara itu, penduduk terbabit pula memberikan alasan pegawai DBKL bertindak kasar, dan rumah yang di sediakan di PPR Batu Muda pula tidak sesuai dan ada rumah yang ditawarkan kepada mereka telah diambil oleh orang lain. Penduduk - Penduduk terbabit juga telah menghantar surat rayuan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketika DBKL juga mempunyai alasan yang kukuh, penduduk terbabit pula juga mempunyai alasan mereka.
Memang tidak dapat dinafikan masing - masing ada tanggungjawab tetapi yang penting kita mestilah cuba elakkan insiden seperti ini berlaku. Kita tidak mahu insiden pindah rumah, roboh rumah bertukar menjadi medan perang , jerit - menjerit dan macam - macam lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment