Setiap Projek Perlukan Consultant Dan DiAudit
Saya tidak faham mengapa kontraktor yang diberikan amanah tidak mempunyai kesedaran tinggi terhadap nilai projek yang mempunyai makna yang begitu besar kepada manafaat rakyat. Seolah-olah nilai projek itu cuma nampak kepada KEUNTUNGAN semata-mata. Untungnya kepada rakyat seperti bukan urusan mereka. Janji dapat projek, kaut untung, selebihnya biar sub-kontraktor yang buat.
Saya sebenarnya tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai proses mula hingga selesai projek namun tidak menghalang saya daripada mendekati consultant dan kontraktor untuk mendapatkan gambaran yang baik perlaksanaannya. Kebetulan saya memikul tugas seliaan dan mengurus kawasan perumahan eksklusif termasuk tapak pembinaan projek yang belum siap di tempat sama saya bertugas, bernilai jutaan ringgit. Secara ringkasnya, perlu ada Pelan perancangan, pelan disahkan serta diluluskan pihak berwajib (cth Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), etika kerja yang melibatkan nasihat consultant, perlaksanaan projek, pemantauan spesifikasi material, kuantiti dan kekuatan bahan, pemantauan kerja dari segi masa, kualiti dan kos serta penilaian akhir selepas siap projek melalui analisis struktur sama ada ia mengikut piawaian dan aspek keselamatan. Selain daripada itu saya melihat perlu juga dilakukan pengauditan ke atas projek untuk mengelakkan berlakunya penyelewengan.
Insiden yang melibatkan astaka Tandek dan terbaru jambatan runtuh mendedahkan kelemahan sebenar sistem bagaimana projek itu dilaksanakan. Menghairankan, tender diberikan kepada pemaju/kontraktor tanpa meneliti terlebih dahulu latarbelakang pembida, rekod kerja atau penelitian terhadap pemilikan lesen. Kontraktor yang menggunakan lesen orang lain perlu dihalang daripada membuat bidaan tender. Ini bertujuan hanya kontraktor yang berkredebiliti serta berpengetahuan dalam perlaksanaan dan spesifikasi kerja sahaja dibenarkan membangun agenda rakyat. Kontraktor yang berlesen tetapi mempunyai rekod lampau yang buruk juga tidak harus terlibat atau dibenarkan membida. Lebih baik terus bekukan lesen sahaja. Kenakan tindakan tegas kepada kontraktor yang kaut untung atas angin dengan meminjamkan lesen kepada orang tertentu. Menyusahkan!
Melaksanakan projek ini sepatutnya bukan sesuatu yang sukar walaupun tidak mudah. Posisinya harus tidak menyimpang daripada kod kerja. Sebagai contoh, projek pembinaan jambatan, pihak kontraktor tidak harus menyerahkan perlaksanaan total kepada sub-kontraktor. Kontraktor perlu berpengetahuan dari segi aspek jenis dan bentuk, beban dan analisis rekabentuk, teknik pembinaan, penyelenggaraan jambatan dan beberapa aspek lain seperti ciri-ciri keselamatan yang memihak kepada pengguna termasuk ketahanan dalam jangka waktu yang lama. Kontraktor harus tahu mengawalselia dan bertanggungjawab penuh sehingga selesai projek.
Kalau setakat berpengetahuan MAU DAPAT PROJEK dan PROSPEK KEUNTUNGAN SAHAJA, anda sekadar membina jambatan yang menghumban nyawa ke gaung maut.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment