Ini satu lagi fakta kenapa PR tidak mahu berbincang dengan BN.Kalau nak perpaduan pun, buat lah baik sedikit demi sedikit .Ini cakap nak perpaduan,hak rakyat tidak diberi, bantuan pilih bulu atau mesti ahli UMNO dan lain-lain.
Kerajaan negeri menuntut Kerajaan Pusat menjelaskan bayaran tunggakan royalti hasil pengeluara:n petroleum di Kelantan yang kini dianggarkan berjumlah RM1 bilion.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, tunggakan itu berikutan Kerajaan Pusat tidak menjelaskan royalti yang sepatutnya diberikan kepada rakyat negeri ini seperti yang sewajarnya.
“Dalam mesyuarat exco hari (semalam), Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersetuju menghantar surat rasmi kepada Kerajaan Pusat supaya menjelaskan royalti hasil minyak itu yang tertangguh setakat ini kira-kira RM1 bilion.
“Menjadi harapan rakyat Kelantan supaya bayaran itu dapat dijelaskan berikutan ini tahun keenam sejak Kelantan disenaraikan sebagai pusat pengeluaran petroleum negara selepas Sarawak, Terengganu dan Sabah,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Mingguan di sini, semalam.
Menurutnya, anggaran pengeluaran minyak di negeri tersebut berjumlah RM2.5 bilion setahun berdasarkan data-data yang diperolehi daripada Jabatan Perangkaan negara.
Katanya, sebanyak RM2.615 bililon dihasilkan pada 2006 dan terbaru sebanyak RM2.7 bilion pada 2008.
Husam berkata, dengan konsep 1Malaysia yang dicanangkan selama ini, Kerajaan Pusat diharap tidak menghadapi masalah menjelaskan royalti itu kepada rakyat Kelantan.
“Perkara ini baru dibangkitkan kerana perangkaan itu baru diedarkan kepada pegawai kita Mac lalu ketika menghadiri mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri.
“Pelbagai alasan boleh diberikan bagi mengelak menjelaskan bayaran itu tetapi amat memalukan jika Pusat tidak memberikan hak rakyat Kelantan itu,” katanya.
Semetara itu, di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution telah membangkitkan isu tersebut. Video Sidang media YB Saifuddin di bawah.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment