PAS Pahang melahirkan kekesalan atas prestasi pengurusan kerajaan negeri pimpinan Umno yang terlalu lemah sehingga menyebabkan kewangannya berada pada tahap yang amat kritikal dan bermasalah.
Pesuruhjaya PAS Pahang Dato� Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan kepada media di pejabatnya baru-baru ini kecewa berpunca daripada itu rakyat terpaksa menanggung akibat yang tidak sepatutnya berlaku.
"Jumlah RM63juta seperti yang diarah mahkamah dulu adalah sebahagian dari saman syarikat kepada kerajaan negeri. Kita ada dengar masih ada syarikat yang menyaman kerajaan negeri dalam jumlah yang jauh lebih besar dari itu," katanya.
Tuan Ibrahim turut mendesak Menteri Besar Dato� Seri Adanan Yaakob hadir sendiri ke mahkamah apabila kes penangguhan pembayaran keatas Syarikat Gemilang Makmur berjumlah RM 63 juta di dengar di mahkamah nanti.
"PAS Pahang mendesak Menteri Besar hadir sendiri ke Mahkamah apabila kes penangguhan pembayaran itu di dengar bagi membuktikan beliau bertanggung jawab kepada kerajaan negeri dan rakyat," katanya. - azm _
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment