
Bumbung Stadium Gong Badak runtuh
Bumbung di bahagian tempat duduk VIP Stadium Bolasepak Gong Badak, Terengganu yang baru dirasmikan oleh Sultan Terengganu, runtuh kira-kira jam 7.30 pagi ini.
Perkara itu disahkan oleh timbalan pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ahmad Tengku Hussein ketika dihubungi hari ini.
Menurut lamanweb Mampat, kejadian itu mengakibatkan sebuah kereta kancil dan empat buah motosikal tertimbus.
stadium gong badak 020609Sementara itu, seorang wartawan sambilan - Sazali Mohd Nor - yang dihubungi Malaysia di tempat kejadian berkata, stadium berkapasiti menampung kira-kira 50,000 penonton.
Menurutnya, stadium mempunyai dua bumbung - bumbung tinggi di sebelah kiri dan bumbung rendah di sebelah kanan.
Sazali berkata, yang runtuh adalah kesemua bahagian bumbung tinggi di sebelah kiri.
No comments:
Post a Comment