Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Tuesday, June 2, 2009
APA YANG DISANGKA MEMANG DIJANGKA ,PI MAI TANG TU JUGA?
Inilah pendirian sebenar AS terhadap Israel. Haaretz, salah satu media Israel terbesar kaum Yahudi, Isnin (1/6) menyebutkan bahawa AS akan terus mendukung Israel dengan cara apapun.
Padahal, masih segar dalam ingatan kita, dua minggu yang lalu, media-media antarabangsa baik di AS ataupun luar AS menyebut, bahawa pertemuan presiden AS, Barack Obama dan perdana menteri Israel, Benjamin Netanyahu diiberitakan berada dalam tegang, seperti juga hubungan dua negara tersebut. AS, dianggap tidak setuju dengan tindakan Israel tentang Palestin, dan Israel merasa AS tidak lagi mendukungnya. Ternyata itu semua hanya kamuflasi belaka.
Robert Wood, juru cakap deputi Rumah Putih, melaporkan hal ini. Wood menegaskan Obama akan selalu terus mendukung Israel. “Kami telah begitu lama meyakinkan Israel bahawa AS memperlakukan Israel dengan baik. Dan itu akan terus berlanjut.” Wood berkata. “Israel adalah sekutu dan rakan dekat AS, dan AS terus berkomitmen dengan itu.”
Pernyataan Wood ini sekaligus mematahkan pemberitaan New York Times sebelumnya bahawa Israel akan menendang AS kerana tidak mendukung kependudukannya atas Palestin.
Jadi, tidak hairan jika sekarang, Netanyahu mengingkari janjinya sendiri yang tidak akan membangun pemukiman Yahudi di Tepi Barat. Kerana faktanya, pemukiman Yahudi di Tebing Barat tetap saja dibangunkan. (sa/ha)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment