Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, June 12, 2009

KEBAL BANGAT BN SARAWAK & SABAH DARI SENTUHAN PAKATAN RAKYAT ?

Walaupun terdapat andaian yang menyatakan bahawa kekuatan kubu kuat BN di negeri ini hanya mampu bertahan sewaktu adanya Taib Mahmud, namun hakikatnya Taib Mahmud telah berjaya mengakar umbikan Barisan Nasional dengan kombinasi sokongan yang diterimanya daripada parti-parti komponen yang membarisi kepimpinannya di negeri Sarawak.Blogger UBN terbuka (gelaran yang saya beri) sendiri berkesempatan berjumpa dengan Anwar Ibrahim dalam satu majlis di sebuah hotel terkemuka di Kuching baru-baru ini, dimana beliau kelihatannya amat optimis untuk menggugat empayar Taib Mahmud di negeri ini menjelang PRU13 nanti, namun beliau berpendapat amat sukar bagi Anwar untuk menembusi kubu kuat BN yang dipimpin oleh Taib Mahmud di Sarawak.

Sesungguhnya Barisan Nasional amat terhutang budi dengan kekuatan yang dimiliki oleh BN di kedua-dua negeri yang terletak di Pulau Borneo..
Sebab itu pemimpinnya berpeluang 'demand' macam-macam dan PM (Presiden BN) kena layan dan bersungguh memenuhi permintaan mereka kebelakangan ini.
Anwar terpaksa memberikan tumpuan yang lebih di kedua-dua negeri Sarawak dan Sabah ini, kerana beliau begitu yakin ada kesan terhad kebijaksanaan Taib Mahmud dan Musa Aman yang telah berjaya membuktikan dua negeri ini sebagai faktor kejayaan BN menguasai semula kerajaan persekutuan, walaupun kekuatannya tidak mencecah 2/3 daripada jumlah keseluruhan kerusi parlimen yang diperrtandingkan dalam PRU12.

No comments: