Kejadian jenayah samun berlaku di Jalan Ros 2 sebaik selepas sessi penerangan dan dialog bersama pegawai pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah KKB.
Pegawai yang hadir antaranya ialah ASP Zaldino (Ketua Bahagian kenteraman Awam dan Trafik Daerah) Inspektor Hamsani (Hal Ehwal Awam) dan Inspektor Chong (Cawangan Narkotik). Manakala wakil dari Balai Polis Bukit Sentosa ialah Sarjan Rosli.
Pihak polis menyarankan agar penduduk sentiasa cuba mendampingi Polis Bukit Sentosa supaya ianya dapat sama-sama membantu penduduk dan polis didalam menyelesaikan masaalah keselamatan harta benda dan penduduk dengan lebih cepat dan berkesan. Sesi yang melebihi dua jam ini dapat membantu kefahaman penduduk mengenai peranan dan tanggungjawab polis didalam menjalankan tugas.
Kejadian pecah rumah telah berlaku disana sini dan beberapa buah rumah telah pun dimasuki beberapa bulan yang lepas. Kini pencuri-pencuri seolah-olah mengalih sasaran mereka diJalan Ros 2 pula. Suatu pagi dalam keasyikan peminat bola sepak menonton Barcelona menundukkan Manchester United 2-0, Pencuri-pencuri tersebut telah berjaya mendapat 2 mangsa di Jalan Ros 2 dengan mengambil tunai, barang kemas dan handphone sehingga mereka berjaya masuk kebilik tidur tanpa disedari mangsa. Menurut mangsa kecurian lagi, mereka memasuki melalui pintu grill di Sliding door yang mudah diumpil. Lapuran Polis telah dibuat oleh kedua-dua mangsa hari itu juga.
Sebelum kejadian ini, beberapa orang warga asing pernah disamun semasa melalui jalan pintas dari taman ke kawasan pesisiran Kilang Perodua menuju keperhentian bas yang berhampiran. Dilapurkan juga penyamun-penyamun bermotosikal ini akan menahan warga asing yang keseorangan berjalan sambil mengacu pisau untuk merampas tunai dan handphone dari warga asing tersebut.
Bagi memudahkan penduduk menangani isu berkaitan keselamatan , pegawai IPD telah memaklumkan talian-talian untuk dihubungi antaranya : 03-60642257 / 60641152 / 60641221 / 60641223 dan 60644157.
Teman sarankan mana-mana tempat yang belum tubuhkan persatuan penduduk ,eloklah tubuhkan sekarang agar dapat merapatkan hubungan sesama jiran dengan lebih terusun.Bagi yang dah ada persatuan maka aktifkan dan buat mesyuarat dan aduan sekerap yang boleh agar kita sesama kia apabila ditimpa lebih peka dan siapsiaga di kala bencana berlaku atau pabila jenayah berlaku pada kita atau jiran kita.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment