Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, June 12, 2009

BENARKAH NAJIB BERI JAWAPAN SUMBANG DI CHINA?

Teman berpendapat PM Dato' Seri Najib harus jangan menjawab apa-apa atau no komen bila wartawan luar negara bertanya berkenaan hubungannya dengan kes Attantuya.
Apabila beliau menjawab begini 'KALAU ALTANTUYA TEMAN WANITA SAYA, TAKKAN DIA MENGINAP HOTEL DUA BINTANG? maka Najib terus dipersoal kerana biasanya orang nak buat maksiat tidak kira tempat samada di semak,di kubur atau di holet yang murah sekalipun.Lebih-lebih lagi seorang VIP kalau nak larikan dari publisiti mungkin cuba menginap di hotel yang murah bagi mengelakkan tumpuan media?


Dato' Sri Najib Tun Razak berkata, "kalaulah benar dia (Altantuya) teman wanita saya tentu dia akan rasa terhina sekiranya saya tempatkannya di hotel dua bintang seperti itu."

Perdana Menteri Najib Razak berkata demikian apabila merujuk kepada sebuah laporan yang menyebut Altantuya menginap di 'hotel dua bintang' sahaja sebelum kematian tragisnya. Beliau juga menafikan mengenali wanita Mongolia tu, Altantuya Shaariibuu apabila diasak oleh media antarabangsa semasa lawatan rasmi beliau ke China yang bermula Selasa lalu.

Menurut laporan Associated Press (AP) Najib hanya "ketawakan" sahaja apabila ditanya oleh media asing mengenai kemungkinan beliau dikaitkan dengan kes pembunuhan Altantuya tiga tahun lalu.

Najib berkata kepada AP yang "beliau tidak ada kena mengena" dengan Altantuya, bekas model dan penterjemah yang didakwa mempunyai hubungan asmara dengan penasihat politik Najib, Razak Baginda.

Menurut laporan itu hubungan rapat Najib dengan Razak menimbulkan kemungkinan beliau terkait dengan kes pembunuhan tersebut.

"Tidak ada bukti. Mereka tidak mengemukakan apa-apa bukti pun...Saya telah bersumpah dengan nama Allah bahawa saya tidak kena mengena dengan dia dan saya tidak boleh komen lebih daripada itu," kata Najib.
Razak Baginda telah mengaku menjalin hubungan intim dengan Altantuya dan beliau dibebaskan Oktober lalu berhubung tuduhan bersubahat dengan pembunuhan wanita itu.

Dua anggota polis dihukum mati walaupun motif pembunuhan gagal dibuktikan. Kedua mereka kini dalam telah membuat rayuan.

No comments: