Takziah kita semua untuk seluruh keluarga dan rakyat Islam Selatan Thailand. Semuga Allah swt akan terus memberi mereka kekuatan dan kesabaran menghadapi segala dugaan demi dugaan yang amat berat ini.Juga takziah pada umat Islam di Iraq dan Pakistan dan Afganistan.
Adakah ini tektik zionis dan musuh Islam agar dapat meracun fikiran Islam dan bukan Islam bahawa masjid bukan rumah Allah dan bukan tempat yang selamat?
Memang susah kalau dalam Masjid pun sudah tidak Selamat. Alangkah berTuahnya kita rakyat Malaysia, dapat beribadat dengan tenang di Masjid mana pun pilihan kita. Sama-samalah kita peliharai KeAmanan yang kita kecapi dan BerSyukurlah, kerana setakat ini Negara kita Aman Tenteram dan kita semua Selamat.
Kita semua mungkin tidak pernah dengar pun nama ke Kampung Air Tempayan, 50 km dari Sg Golok. Apatah lagi pergi ke sana. SEMUA KITA faham betapa tidak Selamatnya Selatan Thai, walaupun baru semalam PM Handsome Abhisit Thai telah memberitahu kita semua, bahawa mereka akan memberi tumpuan ke arah mengakhiri permasalahan pada kawasan yang dinominasi Penduduk Islam itu.
Tiba-tiba kita semua dikejutkan berita pembunuhan Pak Imam dan 10 makmun di Masjid Al-Furqan, Kg Air Tempayan, Sg. Golok, ketika dalam Solat Isyak!!! Kejam. Amat Kejam. Menurut anak Pak Imam yang berada diluar Masjid ketika kejadian: Penembak masuk semula ke Masjid selepas tembakkan pertama dan menembak ke arah jemaah yang berada dilantai untuk memastikan mereka benar-benar mati!!
Memang tidak berperikemanusiaan.
No comments:
Post a Comment