Mungkin ramai yang tertanya-tanya, ke mana saya ketika berlakunya insiden runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang kebetulan berada di kawasan Parlimen saya – yang selama ini menjadi simbol kebanggaan rakyat Terengganu. Saya di Mekah ketika kejadian itu. Namun, sebagai pemimpin dan wakil rakyat, saya sentiasa dimaklumkan mengenai setiap peristiwa yang berlaku di kawasan saya. Alhamdulillah, segala-galanya sentiasa berada di dalam pengetahuan saya di sana.
Bagi saya, menunding jari bukanlah satu jalan terbaik dalam mencari penyelesaian kepada masalah yang berlaku. Sebaliknya, jika kita bijak untuk mengutip pengajaran di sebalik apa yang telah terjadi, ia sudah tentu akan mengajar kita kepada banyak perkara. Tiada sesiapa pun yang mahukan mala petaka seperti itu berlaku, apatah lagi berulang kembali. Maka, pelajarilah sesuatu daripadanya agar apa yang telah terjadi tidak terus terjadi.
Saya berharap, kita semua tidak menjadi seperti bangau oh bangau tetapi semua pihak perlu mencari punca mengapa tragedi itu terjadi. Dalam banyak keadaan, setiap kali berlaku peristiwa sedemikian, maka kerajaanlah yang akan dipersalahkan. Pelbagai andaian dibuat sehingga kadangkala ia mencetuskan kekeliruan. Pembangkang misalnya, adalah pihak paling galak mencetuskan sesuatu yang saya maksudkan itu. Hakikatnya, kelemahan ada di mana-mana. Ia tidak mungkin terlepas daripada genggaman manusia. Kelemahan tidak bermaksud penyelewengan dan setiap andaian akan hanya mengeruhkan keadaan.
Tragedi bumbung stadium runtuh itu perlu menyedarkan banyak pihak agar berhati-hati dengan setiap perancangan pembinaan projek-projek besar seperti itu. Saya percaya, rakyat sedang melihat kita dan menilainya. Cuma kebimbangan saya, rakyat akan menilainya mengikut persepsi yang bersifat andaian semata-mata, tanpa mahu percaya kepada fakta yang sebenar. Apa pun, yang berlaku telah pun berlaku. Maka, pelajarilah sesuatu di sebalik kejadian tersebut.
Komen teman pada Wakil Rakyat UMNO ni , beliau asyik sarankan jangan tuding sesiapa dan sentiasa ambil pelajaran sahaja.Wahai Wakil Rakyat yang dipilih rakyat, Stadium runtuh bukan disebabkan ribut atau angin yang kuat atau gempa bumi tetapi disebabkan orang yang terlibat dalam pembinaan tersebut yang masih dalam siasatan.Kalau nak belajar terima kesan runtuhan dah banyak pelajaran dah , kamu yang buat-buat tak tahu.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment