Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, June 10, 2009

BENARKAH RAKYAT MALAYSIA PELAHAP MILO ?



Ni la pasal, teman akui teman pun minum minuman ini.Harapan teman blogger yang lain sila dapatkan dan sampaikan maklumat yang lebih terperinci dan terbetul untuk kebaikan pembaca dan rakyat khususnya beragama Islam agar sumbangan kita tidak bersengkokol membantu Israel yang menggunakan dana untuk menhancurkan saudara seIslam kita dimana mereka berada.
Milo dan Nescafe Menjadi Darah Daging Umat Islam Malaysia ?
Bukan satu rahsia bahawa rakyat Malaysia adalah pengguna terbesar minuman Milo di dunia. Fakta ini dijelaskan apabila Nestle menerima anugerah Pingat Emas untuk Malaysia-Canada Business Excellence Award (gambar di atas) pada 2006. Dinyatakan pada laman web itu:

Malaysia consumes 90% of worldwide consumption of Milo. It is so popular that almost all households have a tin of Milo and it would be almost impossible to find a restaurant that doesn't sell Milo beverages.

Saya terjemahkan di sini:

Malaysia menggunakan 90% daripada penggunaan Milo di seluruh dunia. Ianya amat popular sehingga hampir setiap rumah mempunyai satu tin Milo dan hampir mustahil untuk mencari restoran yang tidak menghidangkan minuman Milo.

Bukankah gila atau lahapnya umat Islam di Malaysia ini sehinggakan sebesar-besar dunia ini, 90% penggunaan Milo itu datang dari rakyat Malaysia semata-mata?

Fakta ini juga pernah dimasukkan dalam Wikipedia berkenaan Milo, tetapi jika anda pergi ke pautan itu kelihatannya fakta tersebut telah dihapuskan.

Pautan rujukan ke Anugerah MCBC juga telah dihapuskan dari Wikipedia itu. Saya tidak tahu mengapa dan bila ia dihapuskan dari Wikipedia, tetapi mujurlah dipaparkan di sini.
Jika anda bandingkan dengan Wikipedia yang terkini, ayat yang menyatakan Malaysia menggunakan 90% Milo itu sudah dihapuskan, atas sebab-sebab yang saya sendiri pun tidak tahu.
Saya tidak fikir jika ada pihak Wikipedia yang menganggap fakta itu salah, memandangkan ianya diakui oleh Pengarah Urusan Nestle Malaysia, Sullivan O'Carrol dalam akhbar TheStar Online ( gambar disediakan)baru-baru ini:

O'Carrol said Milo has been available in the country for almost 60 years and Malaysians were the world's largest consumers of Milo.

Saya terjemahkan di sini:

O'Carrol berkata Milo telah berada di negara ini hampir 60 tahun dan rakyat Malaysia merupakan pengguna Milo terbesar di dunia.

Adakah kita berbangga dengan kenyataan ini? Kita, rakyat Malaysia, yang beragama Islam terutamanya, begitu berjasa kepada Nestle melalui penggunaan Nescafe dan Milo selama ini.

Produk Nescafe dan Milo ini menyumbangkan keuntungan kepada Nestle sebanyak 63% di Malaysia berbanding produk Nestle yang lain. Dan keuntungan ini digunakan oleh Nestle untuk membantu Israel melenyapkan bumi Palestin.
Hasil jasa baik kita semua ini telah membawa Nestle ke tahap yang tinggi sehingga kini. Sudah tiba masanya untuk kita menjatuhkannya.

No comments: