Teman rasa perlu diingatkan Menteri Pelajaran yang dah senja ni, Rakyat didahulukan (Kata Najib PM Sekarang) ...oleh itu janganlah menyusahkan rakyat.Sekarang ini dengan masalah ekonomi dan masalah PPSMI dan kerapuhan rakyat pada BN maka janganlah merumitkan lagi.
Bayangkan atau andaikan seorang pelajar gagal SPM kerana subjek BI maka diketahui negara-negara di dunia maka adakah Malaysia bangga dengan keadaan tersebut.?Kalau Bahasa Malaysia gagal ,lain lah disebabkan rakyat Malaysia adalah wajib lulus BM kerana sebagai rakyat yang harus tahu BM.
KUALA LUMPUR 8 Jun – Orang ramai dipelawa mengemukakan pandangan masing-masing kepada Kementerian Pelajaran mengenai isu mewajibkan calon lulus mata pelajaran bahasa Inggeris sebagai syarat lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Teman cadangkan Menteri Pelajaran sdiakan ruangan komen dalam internet yang boleh memaparkan komen dari rakyat terhadap BI syarat lulus SPM dan juga Wajarkan 10 subjek matapelajaran sebagai had SPM?
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu lagi perkara yang memerlukan pandangan orang ramai ialah pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah pada masa ini yang tidak melibatkan pengajaran tatabahasa tetapi hanya untuk berkomunikasi.
“Kementerian Pelajaran bukan hendak buat apa-apa keputusan atau cadangan berhubung kedua-dua perkara itu.
“Saya sekadar melontarkan perkara itu kepada masyarakat untuk mendapatkan pandangan. Saya anjurkan supaya ada maklum balas masyarakat dalam bentuk debat,” katanya.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran ditemui pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung pertama Persatuan Alumni Maktab Kirkby Malaysia di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di Bukit Kiara di sini hari ini.
Hadir sama presiden penaja persatuan alumni itu, Tan Sri Yahaya Ibrahim.
Muhyiddin menambah, memandangkan beliau hanya ingin mengumpul pandangan berhubung kedua-dua perkara itu maka tiada sebarang tempoh yang ditetapkan untuk orang ramai mengemukakan pendapat.
“Mempelajari bahasa Inggeris tetapi tidak mewajibkan pelajar untuk lulus subjek berkenaan dalam SPM menjadikan standard bahasa Inggeris merosot.
“Saya juga memerlukan pandangan masyarakat mengenai pembelajaran bahasa Inggeris pada hari ini yang tidak melibatkan pengajaran tatabahasa tetapi untuk perbualan,” jelasnya.
Muhyiddin menambah, beliau melihat dua perkara itu dari sudut bagaimana kerajaan hendak tingkatkan keupayaan dan penguasaan bahasa Inggeris.
“Adakah ketiadaan syarat yang mewajibkan lulus bahasa Inggeris untuk lulus SPM menjadikan pelajar kurang minat menguasai bahasa Inggeris?” soal beliau.
Timbalan Perdana Menteri menambah, masyarakat perlu memberi pandangan sama ada pelajar luar bandar akan menjadi mangsa jika bahasa Inggeris dijadikan subjek wajib lulus untuk lulus dalam SPM.
“Pada masa ini, lebih kurang 70 peratus pelajar boleh dikatakan lulus bahasa Inggeris tapi kalau lulus dan tidak menggunakan bahasa itu ia tidak membawa apa-apa.
“Bolehkah pelajar memberi perhatian lebih serius dalam subjek Bahasa Inggeris jika ia salah satu subjek wajib lulus untuk mereka lulus SPM. Saya mahu masyarakat memikirkan perkara ini,” katanya.
Salah satu komen blog UBN :-
Saya sebenarnya tidak setuju langsung cadangan ini kerana jika ia dijadikan syarat ,kebanyakan pelajar-pelajar sekolah luar bandar akan tercicir .Saya ambil contoh rakan baik saya ,dia failed SPM dalam subjek Bahasa Inggeris tetapi mampu menyambung pelajaran ke politeknik dalam kursusu sijik elektrik . Jika pelajar-pelajar di luar bandar terutamanya failed dalam bahasa inggeris ,bermakna keputusan SPM mereka gagal .Mereka terpaksa mengulang semula belajar dan ini cukup menyusahkan mereka . Oleh itu ,kementerian pendidikan tidak perlu mewajibkan subjek bahasa inggeris sebagai subjek wajib lulus SPM dan kite teruskan dengan syarat yang sedia ada.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment