Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, June 2, 2009

BEGINILAH SENSITIVITI ISLAM YANG DITUNTUT BILA A-QURAN DIHINA !

ATHENS 26 Mei - Seorang anggota polis Greece disaman kerana didakwa merosakkan al-Quran milik seorang pendatang dari Iraq , ketika melakukan pemeriksaan pengenalan diri di ibu negara ini pada minggu lalu, yang mencetuskan kemarahan pendatang Islam di sini.
Lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Attiq memohon agar pegawai yang melakukan jenayah tersebut diambil tindakan.
Polis berkata, mereka sedang menyiasat dakwaan tersebut. Dalam saman yang dikemukakan kepada pendakwa Athens semalam, Muhammad mendakwa pegawai yang tidak dikenali itu telah memaki dan menghinanya sebelum mengoyak serta menginjak-injak kitab al-Quran miliknya.
Insiden itu telah mencetuskan bantahan selama dua hari apabila beratus-ratus penduduk Islam mengadakan tunjuk perasaan di tengah bandar raya ini.
Pada hari kedua, polis bertempur dengan penunjuk perasaan terbabit dan menahan 46 orang selepas tunjuk perasaan bertukar ganas.
Seramai 14 orang dimasukkan ke hospital akibat cedera, manakala berpuluh-puluh buah kereta rosak akibat rusuhan itu. -

No comments: