Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, June 2, 2009

MANGSA LUBUK PUSING DI AMERIKA SYARIKAT SELAMAT DIKEBUMIKAN DI KUANG!

Inalillah ...Dari Allah kita datang kepada Allah kita akan kembali.Teman baru tahu yang Allahyarham ini adalah kira sedara kepada suami anak sedara teman.

SUNGAI BULOH – “Ketika kami sedang asyik mandi, tiba-tiba saya lihat Bulan (Nublan Zaki) berpusing-pusing sebelum tenggelam disedut pusaran air.

“Rakan-rakan yang lain cuba selamatkannya tetapi gagal sebelum kami bergegas mendapatkan bantuan renjer di pintu masuk yang mengambil masa satu jam berjalan kaki dalam keadaan hujan lebat.”

Demikian cerita Atirah Amir, 19, rakan kepada Nublan Zaki Norhadi, 20, pelajar yang mati lemas di kawasan air terjun Abrams Falls di Great Smokey Mountain National Park, Tennessee, Amerika Syarikat (AS) pada 24 Mei lalu.

Katanya, seramai 30 orang pelajar kursus Sains Aktuari di Pennsylvania State University pergi ke situ untuk beriadah selepas menamatkan peperiksaan semester pertama.

“Sepatutnya kami buat aktiviti sukaneka di universiti tetapi ia tidak mendapat kelulusan atas alasan bimbang terkena jangkitan influenza A (H1N1) sebelum kami memutuskan untuk ke air terjun itu,” katanya ketika ditemui pada majlis pengkebumian Nublan Zaki di tanah perkuburan Batu 17, Kuang di sini semalam.

No comments: