Desakan pembubaran DUN bergema lagi
Gema My Future Foundation yang mana Pengerusinya adalah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim, krisis politik di Perak hanya dapat diselesaikan dengan mengembalikan kuasa kepada rakyat apabila DUN dibubarkan.
Gema Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) turut mendesak agar hak rakyat Perak untuk memilih pemimpin mereka dikembalikan.“Mungkin sudah tiba masanya untuk rakyat di Perak diberikan peluang untuk menggunakan hak mereka sekali lagi untuk memilih kerajaan pilihannya. Hak memilih kerajaan adalah hak asasi manusia,” kata Pengerusi Suhakam Abu Talib Osman.
Beliau merujuk artikel 21, Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 yang mengatakan bahawa rakyat haruslah menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan.
Gema Parti Komponen BN iaitu MCA dan Gerakan melalui Timbalan Presiden MCA, Dr. Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow. yang merupakan parti komponen dalam BN tidak ketinggalan dalam mendesak DUN Perak dibubarkan bagi menyelesaikan krisis politik di negeri tersebut.
Gema Bekas perdana menteri, Dr. Mahathir Mohammad turut mengakui bahawa BN akan kalah jika pilihanraya negeri diadakan semula.
Gema seorang penganalisis politik, Herizal Hazri, BN berkemungkinan akan kalah dalam PRU 13 jika DUN Perak tidak dibubarkan.
Jadi, jika BN tidak bersetuju untuk membubarkan DUN Perak, ianya adalah sebuah tindakan yang tidak popular dan ianya akan memberikan persepsi yang buruk kepada BN. Ini akan memungkinkan BN untuk kalah dalam pilihanraya ke 13 akan datang.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment