Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, June 5, 2009

AHLI JAWATAN KUASA TENDER DITUDUH RASUAH LEBIH RM200 RIBU


Ketua UMNO Bahagian Pandan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas 10 tuduhan menerima rasuah berbentuk wang sebanyak RM210,012 dan kontrak selaku Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) tiga tahun lalu. Abd. Ghani Ismail, 43, membuat pengakuan tersebut selepas kesemua pertuduhan dalam dua kes berasingan dibacakan di hadapan Hakim Rosbiahanin Ariffin. Mengikut pertuduhan, Ghani selaku ahli majlis merangkap Ahli Jawatan Kuasa Tender MPAJ didakwa menerima rasuah untuk dirinya berupa cek RHB bank bernilai RM210,012 daripada Abdul Rahman Yaacob. Rasuah itu sebagai balasan kerana menolong Abdul Rahman mendapatkan tender bagi kerja perkhidmatan kutipan sisa pepejal di Taman Lembah Rimbun dan Taman Kencana di sini selain tender
Pembersihan Kawasan di Pandan Cahaya daripada MPAJ. Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu antara 4 Ogos 2006 dan 31 Mac 2007 di Restoran Islah Tomyam Jalan 5/76B dan di hadapan Blok E15 Jalan 4/76B, Desa Pandan di sini. Ghani turut menghadapi tuduhan rasuah berasingan selaku ahli majlis MPAJ dengan menerima kontrak pelantikan Syarikat Lembah Rimbun sebagai subkontraktor kepada Syarikat Dwisakti Mewah Sdn. Bhd. yang mana tertuduh berkepentingan dalam syarikat Lembah Rimbun -(kosmo)

No comments: