Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, June 5, 2009

SAAT JADI MINIT YANG MENGHANTUI NAJIB DI LUAR NEGARA !

Altantuya: Najib diasak media di Cnina
Perdana Menteri Najib Razak menafikan beliau mengenali wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu apabila diasak oleh media antarabangsa semasa lawatan rasmi beliau ke China yang bermula Selasa lalu.

Menurut laporan Associated Press (AP) Najib hanya “ketawakan” sahaja apabila ditanya oleh media asing mengenai kemungkinan beliau dikaitkan dengan kes pembunuhan Altantuya tiga tahun lalu.

Najib berkata kepada AP “beliau tidak ada kena mengena” dengan Altantuya, bekas model dan penterjemah yang didakwa mempunyai hubungan asmara dengan penasihat politik Najib, Razak Baginda.

Menurut laporan itu hubungan rapat Najib dengan Razak menimbulkan kemungkinan beliau terkait dengan kes pembunuhan tersebut.

“Tidak ada bukti. Mereka tidak mengemukakan apa-apa bukti pun…Saya telah bersumpah dengan nama Allah bahawa saya tidak kena mengena dengan dia dan saya tidak boleh komen lebih daripada itu,” kata Najib.

Sebagai bukti, Najib merujuk kepada laporan Altantuya menginap di “hotel dua bintang” sahaja sebelum kematian tragisnya.

“Kalaulah dia teman wanita saya sudah tentu beliau akan rasa terhina sekiranya saya tempatkannya di hotel seperti itu,” kata Najib sambil ketawa.
Razak Baginda telah mengaku menjalin hubungan intim dengan Altantuya dan dibebaskan Oktober lalu berhubung tuduhan bersubahat dengan pembunuhan wanita itu.
Dua anggota polis dihukum mati walaupun motof pembunuhan gagal dibuktikan. Kedua mereka kini dalam telah membuat rayuan.

No comments: