Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, June 5, 2009

UTUSAN MALAYSIA AKAN RUGI JIKA TIDAK MOHON MAAF PADA HUSAM ?

Setelah 2 ADUN BN/UMNO mohon maaf di kala menjelang Muktamar PAS ke 55 adlah membawa rahmat dan keinsafan kepada Wakil Rakyat UMNO itu.Skrip yang sama dimainkan bersama oleh media Utusan Malaysia tetapi Utusan Malaysia buat-buat pekak tanpa respon.Teman rasa berapa keuntunga bisnis Utusan Malaysia kalau tak masuk penerbitan lain?Rasanya jika Husam menang saman ,tentu Utusan Malaysia akan alami kerugian yang teruk.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menuntut akhbar Utusan Malaysia memohon maaf kerana menyiarkan artikel bertajuk 'Menilai Hujah Husam' yang didakwa mengandungi serangan peribadi terhadap exco kerajaan Kelantan itu.

kuala terengganu by election 160109 husam musaHusam berkata, akhbar tersebut yang berkait rapat dengan lawan politik PAS - Umno - telah menyiarkan artikel tersebut pada 31 Mei di mana beliau telah dilabelkan sebagai 'musuh PAS" yang akhirnya akan membawa kepada kemusnahan parti Islam itu.

Surat tuntutan tersebut dihantar oleh peguam Husam - Balan Nair Thamodaran pada 2 Jun - menyatakan bahawa artikel tersebut membawa maksud bahawa, Husam tidak setia pada PAS, seorang yang tidak boleh dipercayai, berniat hendak dan/atau prejudis terhadap kepentingan PAS dan musuh PAS.
utusan malaysia article on husam musa 050609 Peguam Husam berkata artikel tersebut dengan jelas merujuk kepada presiden PAS itu yang digambarkan sebagai dari kumpulan profesional dan kumpulan Erdogan.
Balan berkata, artikel tersebut berniat untuk menjejaskan peluang pelanggannya yang bertanding - jawatan timbalan presiden - dalam pemilihan parti itu, dengan menggambarnya, sebagai musuh PAS.
Menurutnya lagi, artikel itu juga merupakan serangan peribadi terhadap Husam yang terkeluar dari skop kewartawanan profesional.

No comments: