Biometrik banteras 'pengundi hantu'
Teman pun heran bin ajaib SPR ni, cara yang dikira kuno tetapi lebih praktikal , tak nak buat seperti menanda tangan dengan cat hitam.Alasan beberapa model dan orang cantik takut hari kotor dijadikan sebab menolak cara tersebut.
Ada pemberitahu kedai kopi berkata, projek buat duit dengan Biometrik lebih besar dari projek cat jari.Sampai dakwat yang sudah dibeli dibuang sahaja tanpa dibuat demo atau kajian.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang mengkaji kemungkinan menggunakan sistem pengenalan data pengundi melalui biometrik pada pilihan raya umum akan datang.
Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dilaporkan berkata penggunaan sistem itu didapati berkesan untuk pengenalan data pengundi.
"Penggunaan sistem biometrik ini lebih baik daripada penggunaan dakwat kekal," katanya dalam sidang media SPR di Butterworth hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai penggunaan dakwat kekal pada pilihanraya di negara ini, lapor Bernama.
Pada 2007, terdapat cadangan penggunaan sistem biometrik itu,
bagaimanapun ia tidak dapat dilaksanakan pada pilihanraya umum lalu
kerana penggunaannya melibatkan kos yang tinggi, kira-kira RM40
juta.
Kaedah mengesan pengenalan pengundi secara biometrik membabitkan penggunaan Mykad dan pengimbas cap jari.
Pengundi cuma perlu meletakkan MyKad dalam sistem pengimbas biometrik sebelum masuk ke dewan pengundian dan sistem berkenaan dikatakan boleh membanteras penipuan seperti "pengundi hantu".
Dalam perkembangan lain, Abdul Aziz berkata SPR sedang mengkaji kemungkinan memanjangkan tempoh penamaan calon daripada satu jam kepada satu tempoh lebih panjang.
"Kita sedang kaji perkara ini. Kalau boleh kita nak panjang sedikit (waktu penamaan calon)," beliau dipetik berkata.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment