Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, May 23, 2009

KALAU DIFIKIRKAN KITA PERLU SELAMATKAN ZAMRY ATAU RAKYAT PERAK ?

KADANGKALA KITA PERLU BERFIKIR UNTUK MENYELAMATKAN ZAMBRY
Artikel ini saya rasa dapat diterima oleh semua pihak, mahupun penyokong BN atau PR. Ini kerana tulisan saya ini bertujuan untuk menolong sesiapa sahaja. Persoalan pertama yang saya kemukakan, kenapakah kita perlu berfikir untuk menyelamatkan Zambry? Artikel ini juga adalah sambungan daripada artikel sebelum ini yang bertajuk “Kita Perlu Menyelamatkan Zambry Daripada Ditimpa Bencana”.
Jawapan bagi soalan tersebut ialah, kita perlu menyelamatkan Zambry disebabkan hadis ini, kerana Nabi Muhammad SAW sendiri yang menyuruh.



Bantulah saudara kamu yang melakukan kezaliman, dan mereka yang dizalimi. Baginda SAW ditanya : “Bagaimanakah kami membantu orang yang menzalimi? Baginda SAW menjawab : “Sekatlah ia daripada melakukan kezaliman” (Jami’ Saghir : 2738)

Sekiranya Zambry itu dizalimi, maka bantulah beliau daripada terus dizalimi. Sekiranya beliau yang melakukan kezaliman, maka bantulah dengan menyekat kezaliman yang dilakukan. Sekiranya Nizar itu dizalimi, maka bantulah beliau daripada terus dizalimi. Sekiranya beliau yang melakukan kezaliman, maka bantulah dengan menyekat kezaliman yang dilakukannya.

Inilah sebab kenapa kita perlu membantu menyelamatkan beliau. Selain itu, saya cuba mengingatkan kepada seluruh rakyat Perak tentang erti kesabaran. Kesabaran yang tinggi ialah tidak mendoakan keburukan dan kecelakaan kepada beliau, walaupun kita mampu untuk berbuat demikian.

Lihatlah apa yang dilakukan oleh Baginda SAW setelah pulang dari Thaif. Ketika di Thaif, beliau dilempar dengan batu oleh masyarakat di sana, najis dan sebagainya. Tetapi apabila malaikat datang kepada Baginda SAW, malaikat tersebut bertanya “Adakah engkau ingin aku terbalikkan bumi Thaif?” Baginda SAW berkata “Jangan berbuat demikian, cuma aku berdoa agar generasi mereka akan menerima Islam”.

Saya mengajak semua supaya mencontohi akhlak Baginda SAW ketika dizalimi. Doakanlah supaya Zambry diberi hidayah oleh Allah SWT. Ataupun kita berdoa supaya Allah SWT memberi kemenangan kepada Islam. Tidak kiralah sesiapa pun yang membawa Islam. Kalau Baginda SAW pun boleh bersabar dengan penghinaan sedemikian, kita ini baru sekelumit.
Adakah dengan ujian yang sedikit ini kita sudah mengeluh? Ketika di Thaif, Baginda SAW dilemparkan batu, sehingga berdarah. Termasuk kanak-kanak dan kaum wanita, turut sama menghina Baginda SAW. Kita hari ini baru sedikit untuk dibandingkan. Maka, pesananku kepada pembaca budiman, bersabarlah dengan tiga benda.
Iaitu bersabar dengan ujian, bersabar untuk meneruskan perjuangan dan bersabar dalam menghadapi musuh.
Salam Perjuangan

Dr Fikrah

No comments: