Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, May 24, 2009

KEPUTUSAN LISAN LEBIH BERKUASA DARI KEPUTUSAN 78 MUKA SURAT?

Keputusan mahkamah Tinggi tu hari yang 'tersilap' adalah keputusan yang memeranjatkan . Sebab itu Mahkamah rayuan telah memperbetulkan 'kesilapan' tersebut.

Namun krisis di Perak belum berakhir, Nizar akan memfailkan lagi rayuan di Mahkamah Persekutuan pula. Pun keputusannya pun boleh dijangka . Itulah step by step sistem perundangan negara yang berpelembagaan dan berteraskan demokrasi. Kalau seseorang itu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pun ada lagi dua peluang lain.

Sistem mahkamah di Malaysia adalah terpecah kepada 2 iaitu Mahkamah Atasan dan Mahkamah Bawahan.

Mahkamah Atasan (Sebenar) terdiri dari 3 iaitu

1. Mahkamah Persekutuan - paling tinggi
2. Mahkamah Rayuan - kedua tinggi dan
3. Mahkamah Tinggi - ketiga dalam rangking Mahkamah atasan ini.

Mahkamah Atasan (Ubahsuai UMNO) jadi seperti ini ?

1. Mahkamah Rayuan Persekutuan ?
2. Mahkamah Persekutuan
3. Mahkamah Rayuan.
4. Mahkamah Tinggi.

Fakta tercipta bila ubahsuai UMNO berlaku : Mahkamah Rayuan mengatakan kuasa melantik MB dan PM di Malaysia adalah di tangan seseorang Sultan dan Agong. Ini bermakna jika mana-mana belah pihak pun kalau menang secara majoriti dalam pilihanraya pun mungkin tidak boleh jadi PM atau MB jika Sultan tidak perkenan.
Pening dengan politik di Malaysia tetapi dalam konfik demi konflik, krisis demi krisis dapat membuka mata dan hati kita untuk menetapkan di hati sanubari, belah mana kita nak pangkah di PRU akan datang.

No comments: