Presiden PPP yang sah kata perlantikan Murugiah Tidak Sah?
KUALA LUMPUR [2.29 pm] - Datuk M Kayveas menegaskan pemilihan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah sebagai Presiden baru Parti Progresif Penduduk (PPP) hari ini tidak sah dan menyalahi perlembagaan parti. Kayveas berkata, beliau masih Presiden PPP dan majlis yang diadakan di Putrajaya bukannya mesyuarat agung luar biasa (EGM) PPP tetapi majlis taklimat Murugiah mengapa beliau dipecat daripada PPP, sebelum ini. "Hanya Setiausaha Agung PPP yang berhak memanggil EGM parti dan ini termaktub dalam perlembagaan parti. Lagipun, jumlah 1,000 orang yang hadir di Putrajaya itu, 99 peratus bukan ahli PPP," katanya. Sehubungan itu, Kayveas akan mengadakan perjumpaan secepat mungkin dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mempercepatkan penukaran Murugiah daripada jawatannya dalam Kabinet kerana Murugiah bukan lagi ahli parti itu sebenarnya.
T.Murugiah Dipilih Sebagai Presiden Baru PPP yang sah?
PUTRAJAYA [1.57 pm] - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah dipilih sebulat suara Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu, di sini. Keputusan memilih Murugiah diumumkan tepat jam 1.10 tengah hari ini yang sebelum itu menyaksikan semua Exco lama PP dipecat. EGM itu juga tanpa kehadiran Presiden sebelum ini, Datuk M Kayveas.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment