Timbalan Pengerusi UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, kenapa PKR menjadikan BN sebagai sasaran sedangkan parti itu tidak bertanding pada pilihan raya berkenaan.
“Sepatutnya mereka ceritalah apa yang mereka hendak buat di Penanti. Menyerang BN bermakna mereka sebenarnya tidak ada rancangan khusus untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.
Hai Datuk Zainal yang korang gosip & fitnah Anwar dalam Perhimpunan Agung UMNO 3 kali berturut2 walaupun UMNO/BN kata Anwar Ibrahim tidak relevan.
Beliau berkata demikian mengulas ceramah PKR dan beberapa pemimpin pembangkang yang menjadikan BN sebagai bahan ‘belasahan’ mereka sekalipun BN tidak ada kena mengena dengan pilihan raya kecil tersebut.
Menurut Zainal, sepatutnya PKR beritahu rakyat apa yang telah dilakukan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi masyarakat Penanti sepanjang beliau menjadi wakil rakyat sejak Ogos lalu.
DUN Penanti adalah salah satu daripada tiga DUN yang berada dalam Parlimen Permatang Pauh yang diwakili oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
BN dan UMNO katanya tidak akan melayan karenah PKR tersebut sebaliknya akan terus memberikan tumpuan kepada agenda pembangunan negara, memulihkan ekonomi dan berjuang meningkatkan kesejahteraan rakyat. – 24/5/2009
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment