Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, May 25, 2009

CALON BEBAS MIRIP SPESIS EZAM SESUMPAH ADA DI PENANTI?


Nampaknya calob Bebas kunun bukan tajaan ini seolah=olah ada rahsia besar yang akan diumumkan pada orang ramai.Masalahnya orang tak ramai datang ke majlis ceramahnya.Biasalah kena buat iklan gempaq b
aru orang ramai dan boleh ambil gambar untuk akhbar yang jadi agen kerajaan BN.
Aminah selepas penamaan calon berkata, beliau akan mendedahkan bukti ada pemimpin PKR yang telah menemuinya dengan membuat pelbagai tawaran asalkan beliau sedia menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya kecil DUN Penanti.

Aminah yang merupakan bekas Ketua Wanita Parti Keadilan, adalah antara kumpulan awal yang berjuang bersama Parti Keadilan dan menerajui kepimpinan di peringkat negeri Pulau Pinang di samping aktif dalam pergerakan wanita di peringkat pusat.

Difahamkan, Aminah akan membuat sidang media bagi mendedahkan dakwaannya itu kerana menurut beberapa sumber rapat dengannnya, beliau mempunyai gambar dan rakaman perbualan yang melibatkan salah seorang pemimpin PKR.

Mengulas mengenai dakwaan Aminah itu, Ketua Penerangan PKR, Tian Chua mencabar Aminah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mengemukakan bukti.

"Jika ada sebarang bukti bahawa ada pemimpin atau mana-mana daripada kami (PKR) menawarkan ganjaran kewangan, laporkan kepada SPRM atau SPR," katanya.

Manakala Pengarah Pilihan Raya PKR, Saifuddin Nasution Ismail pula ketika mengulas dakwaan Aminah tersebut mengaitkannya dengan kemungkinan Aminah mempunyai rasa tidak puas hati dengan mana-mana pihak dalam PKR.

Cumanya, jika Aminah tampil mengemukakan bukti, kita lihat apa pula ‘pencak silat’ yang akan digunakan oleh PKR. Selalunya pemimpin PKR membuat pelbagai tuduhan dan dakwaan terhadap pemimpin kerajaan tetapi tiada bukti yang dikemukakan. Itu tidak apa bagi mereka. Kalau orang lain kemukakan bukti, apa agaknya jawab mereka. – 24/5/2009

Tindakan PKR menjadikan kempen pilihan raya kecil DUN Penanti sebagai medan untuk ‘membelasah’ Barisan Nasional (BN), UMNO dan pemimpinnya serta isu Menteri Besar diselar dan disifatkan tidak adil.

Timbalan Pengerusi UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, kenapa PKR menjadikan BN sebagai sasaran sedangkan parti itu tidak bertanding pada pilihan raya berkenaan.

“Sepatutnya mereka ceritalah apa yang mereka hendak buat di Penanti. Menyerang BN bermakna mereka sebenarnya tidak ada rancangan khusus untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas ceramah PKR dan beberapa pemimpin pembangkang yang menjadikan BN sebagai bahan ‘belasahan’ mereka sekalipun BN tidak ada kena mengena dengan pilihan raya kecil tersebut.

Menurut Zainal, sepatutnya PKR beritahu rakyat apa yang telah dilakukan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi masyarakat Penanti sepanjang beliau menjadi wakil rakyat sejak Ogos lalu.

DUN Penanti adalah salah satu daripada tiga DUN yang berada dalam Parlimen Permatang Pauh yang diwakili oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

No comments: