Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, May 16, 2009

SATU MALAYSIA TAHU MANGSA KES A(H1N1) MALAYSIA LEPASI KAWALAN AIRPORT!

Satu kes POSITIF influenza A(H1N1) telah disahkan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui ujian makmal dan mangsa telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh
pada 15 Mei 2009.
Ini merupakan kes yang pertama influenza A(H1N1) dikesan di
Malaysia. Beliau merupakan seorang pelajar lelaki berumur 21 tahun,
yang baru pulang daripada Amerika Syarikat pada 13 Mei 2009, mula
mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan pada 14 Mei 2009,
dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama pada
jam 6.45 petang. Beliau telahpun diberi rawatan antiviral dan berada
dalam keadaan stabil.

Kementerian Kesihatan telah mengambil tindakan pencegahan dan
kawalan termasuk penyiasatan kontak ke atas kes. Ini termasuklah
menghubungi ahli keluarga beliau yang ada sejarah kontak dengan
beliau dan penumpang serta anak kapal yang menaiki kapalterbang
yang sama. Kementerian Kesihatan juga menasihatkan semua
penumpang penerbangan MH 091 dari Newark, USA dan tiba di KLIA
pada 13 Mei 2009 jam 7.15 pagi supaya menghubungi talian 03-
88810200 / 03-88810300 untuk tindakan susulan.

Justeru, orang awam dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan
antarabangsa ke luar negara yang dilanda wabak ini. Individu yang
baru kembali dari negara yang dilanda wabak influenza A(H1N1) dan
mengalami gejala-gejala seperti demam dan salah satu daripada
gejala berikut - batuk, susah bernafas, sakit badan, sakit kepala atau
sakit tekak, dinasihatkan untuk mendapat rawatan doktor. Disamping
itu, tiada risiko mendapat jangkitan influenza A(H1N1) sekiranya
daging atau produk babi disediakan dan dimasak secara betul.
Kementerian Kesihatan akan terus memaklumkan orang ramai
mengenai situasi semasa wabak ini di seluruh dunia khususnya di
Negara-negara yang dilanda influenza A(H1N1).

No comments: