Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, May 16, 2009

BILA PARPU KUNYIT BONGKAR SIAPA PARPU KARI !

Bila sesekali aku memasuki dan membaca laman blog kepunyaan blogger BPN aku terasa seolah-olah berada di alam fantasi. Mana tidaknya, segala pertuturan dan laporan yang mereka beri tidak ada fakta kukuh sekadar ilusi dan imaginasi penulis serta mendengar omongan dari pihak ketiga kemudian dicanang berita itu sahih dan benar. Tak macam blogger dari pro PR, mereka memberi hujah beserta bukti dan fakta serta rentetan sejarah dari A sampai Z. Cuma bukti dan fakta sering disembunyikan oleh pihak-pihak yang ada kepentingan dalam Bee End untuk mengalihkan pandangan rakyat maheran.

Al-kisah semalam, aku memasuki blog kepunyaan parpukari iaitu seorang pencacai tegar pro Bee End. Aku ada terperasan, ada salah seorang pengunjung di blog tersebut yang menyatakan dia adalah seorang mukalaf dan ingin meminta pandangan serta hukum agama islam tentang beberapa soalan. Antara soalannya adalah, apakah hukumnya seseorang perempuan tidak menutup aurat sebagai contoh Bik Mama (bukan nama sebenar). Dan mukalaf itu bertanya lagi, apakah hukumnya pemberi rasuah dan penerimanya serta apakah kita terlibat sekali jika kita mengundi pemimpin berkenaan dikira berdosa dan bersubahat. Ada beberapa soalan lagi yang ditanya oleh mukalaf tersebut tetapi cukup sekadar aku berikan 2 contoh sahaja disini.

Di bawah post mukalaf tersebut aku pun tambah post comment dengan ayat "Jawap parpu!... jawap. Jawap jangan tak jawap!...". Rupa-rupanya, dengan komen aku tu agaknya parpukari dah gelabah. Selang beberapa minit, post comment si mukalaf dengan aku punya tadi dah dihilangkan oleh parpukari (mungkin juga C4). Itulah dari awal tadi aku dah cerita, blog si pencacai pro Bee End mana berani nak jawap dengan bukti dan fakta berpandukan Al-Quran dan Hadis. Yang mereka tahu hanya melalak tak tentu pasal serta memaki dan mencarut. Mereka menghina sesama orang melayu islam seperti Nik Aziz, Anwar serta Nizar dengan kata nista seperti babi, anak haram, ajen yahudi dan pelbagai lagi. Sila lawat blog blogger BPN jika inginkan bukti yang mereka suka memaki dan mencarut. Bersambung...

No comments: